Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, August 02, 2009

Yang sudah tu sudah la...

Entri penuh jiwa kacau..hanya sekadar luahan..

Sejak kebelakangan ini saya dilanda dengan kesibukan yang amat sangat.Mungkin pengurusan masa saya yang lemah menyebabkan saya rasa sebegitu sehinggakan saya malas untuk menghasilkan entri terbaru walhal dalam beberapa hari ini banyak sangat cerita yang ingin saya kongsikan bersama. Sampaikan ada seorang rakan saya mengatakan blog saya dah bersawang..Ceh...nasib baik takde binatang-binatang buas...hanya labah-labah je..hehe

Saya faham..bukan mudah untuk melupakan seseorang tapi jika orang tersebut tidak mencintai kamu, apakah kamu terus-terusan untuk mencintai dia walhal kamu sudah tahu jawapannya? Sangatlah menyakitkan mencintai seseorang, tetapi tidak dicintai olehnya. Tetapi kan lebih indah jika menyayanginya tanpa mengharapkan sesuatu perasaan apapun darinya.

Kita hanya perlu satu minit sahaja untuk menghancurkan seseorang, Satu jam untuk menyukai seseorang, Satu hari untuk mencintai seseorang, Tetapi memerlukan seumur hidup untuk melupakan seseorang... Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu dengan orang yang tidak tepat. Jadi ketika kita akhirnya bertemu dengan orang yang tepat kita akan tahu betapa berharganya anugerah tersebut. Cinta adalah ketika kita membawa perasaan, kesabaran dan romantis dalam suatu hubungan dan menemukan bahawa kamu peduli dengan dia........

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kita bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kita harus membiarkannya pergi. Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lain terbuka... Tetapi kadang-kadang kita menatap terlalu lama pada pintu yang telah tertutup itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang telah terbuka bagi kita.Itu kesalahan yang sering dilakukan oleh kita bernama manusia.

Teman yang terbaik adalah teman dimana kita dapat duduk bersamanya dan merasa terbuai dan tidak pernah mengatakan apa-apa dan kemudian berjalan bersama. Perasaan seperti itu adalah percakapan termanis yang pernah kita rasakan. Memberikan seseorang semua cinta tidak pernah menjamin bahawa mereka akan mencintai juga!!!

Jangan mengharapkan cinta sebagai balasan, tunggulah sampai itu tumbuh di dalam hati mereka, tetapi jika tidak, pastikan dia tumbuh di dalam hati...

Ada hal yang sangat ingin kita dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang dari mereka kita ingin dengar. Tetapi jangan sampai kita menjadi tuli walaupun kamu tidak mendengar dari seseorang yang mengatakan itu dari hatinya . Jangan pernah berkata selamat tinggal jika kita masih ingin mencoba. Jangan menyerah selama kita merasa masih dapat maju. Jangan pernah berkata kita tidak mencintai orang itu lagi bila kita tidak mampu membiarkannya pergi...

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan... Kepada mereka yang masih percaya walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang masih mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangun kembali kepercayaan Jangan melihat dari wajah, itu bisa menipu.

Jangan melihat kekayaan, itu bisa menghilang. Datanglah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum kerana sebuah senyuman dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah. Berharaplah kamu dapat menemukan seseorang yang dapat membuatmu tersenyum.

Cukup cubaan untuk membuat kita kuat.Cukup penderitaan untuk membuat kita menjadi manusia yang sesungguhnya, Dan cukup harapan untuk membuat kita bahagia. Selalu letakkan dirimu pada posisi orang lain. Jika kita merasa bahawa itu menyakitkan kita. Mungkin itu menyakitkan orang itu juga.

Kasih itu sabar, kasih itu murah hati, ia tidak cemburu. Ia tidak memegahkan diri dan tidak sombong. Ia tidak melakukan yang tidak sopan dan tidak mencari keuntungan diri sendiri. Ia tidak pemarah dan tidak menyimpan kesalahan orang lain. Ia tidak bersukacita kerana ketidakadilan, tetapi kerana kebenaran. Ia menutupi segala sesuatu, percaya segala..

Yang sudah tu sudahlah..jangan diungkit kisah lama kita..saya sedia untuk menghulurkan tangan untuk memberi bantuan, menadahkan telinga untuk mendengar tiap luahan hati kamu, memberikan mulut ini untuk saling ingat mengingati dan memberi sepasang mata ini untuk menangis bersama-sama jika kamu dilanda kesedihan. Cuma saya pinta, saya tak mampu menjadi terbaik untuk awak. Walaupun awak kata itu alasan tapi bukan itukah pilihan kita?

Saya jadi keliru.....

24 comments:

CikYana(",) said...

what happen?

Cik Skaf said...

Salam AieBahri. hampir mati ikan dlm akuarium dik..da lama tak diberi mkn.. huhu

Betullah tu, yg sudah tu sudahlah... walaupun parut luka masih berbekas, biarkan sahaja. itukan jd antara pengalaman dan kenangan terindah dlm hidup.

dir&fara said...

laju je cik yana hulurkan soalan.. hehehe.. ade apo2 ke?? hehe.. aku balik awal hari ni aie.. semalam kul3 baru balik.. ni ingatkan nak borak ngan buahati, tapi.. kat 1 jam aku call tak dapat2.. call umah pun xde org angkat.. keluar barangkali.. tapi biasenye dia cakap ngan aku dulu.. issshhh.. risau pulak..

Unknown said...

bro..
menariknya bahasa yg digunakan..
dalam apa hal pun semuga kita dipermudahkanNYa....

akhis said...

~masih mencari seseorg yg leh wat sy tersenyum...^_^

cik manis said...

ye,
kita berpisah dgn ssorg itu sbb Allah nak kasi sssorg yg lbih baik dri sblum nya.
:)

Azita Zain said...

salam aie. if we love somebody then let her go. if she comes back, then she is yours. if not she never was... tapi kebahagiaan tidak akan datang dengan sendirinya. berusahalah!

Maiyah said...

salam aie.. bunyi macam frust jer.. mmg susah kalau menyayangi orang yg tak kisah kat kita, tapi takpe.. ambil masa layan jap perasaan sedih tu sendirian nanti ia akan pergi apabila satu saat aie akan bertemu dengan yg akan mengubat hati yg luka tu.. sabar dan maintainnnn.. k

anaklaut said...

salam..bro aie,


wah...entri yg sangat menarik..penuh pengertian ni.

tq singgah al.

apa khabr?

~*as*~ said...

salam aie,
pengalaman adalah guru yg terbaik buat kita.. Ini pengalaman cinta aie.. Yakin lah bahawa yg itu "mungkin" bukan milikmu dan allah anugerahkan yg terbaik suatu hari kelak..bila? dimana? siapa? usah ditanya?? yg penting jgn sesekali ditutup pintu hatimu itu utk menerimanya.. jgn serik ya.. bukan ape kalau serik.. akak x dapek raso nasik minyak aie tu.. ngheeee!!

~*as*~ said...

salam aie,
pengalaman adalah guru yg terbaik buat kita.. Ini pengalaman cinta aie.. Yakin lah bahawa yg itu "mungkin" bukan milikmu dan allah anugerahkan yg terbaik suatu hari kelak..bila? dimana? siapa? usah ditanya?? yg penting jgn sesekali ditutup pintu hatimu itu utk menerimanya.. jgn serik ya.. bukan ape kalau serik.. akak x dapek raso nasik minyak aie tu.. ngheeee!!

Keri AlHaj said...

adalah menyakitkan bila kita tahu org yg kita sayang sedang berbahagia dgn orang lain... tapi lebih manyakitkan bila kita tahu orang kita saya tak pernah berasa bahagia bersama kita...

apa-apa pun, ujian-ujian dlm percintaan tu ujian dari Allah juga. bagaimana nak mnguji tahap kesabaran, tahap pemikiran, kebijaksanaan membuat keputusan... berfikirlah secara matang bertindaklah secara matang. pengalaman2 tu semua akan mendewasakan kita...

saya doakan hanya yg terbaik utk aie...

EdAlia said...

Salam saudara aie,

saya baru jer mengikuti blog saudara tp x penah drop komen.. cayalah, ayt power2.. haha

btul ckp ~NurKasih~, pengalaman guru terbaik... fikirkan mcm ni jela, setiap orang yang hadir dalam hidup kita ada 'tugas' mereka tersendiri.. so bila sampai masa mrk tnggalkn kte, 'tugas' mereka dah selesai la tuh.. hehe truskan menulis!

Anonymous said...

salam,tiada benda yang berlaku di dunia ini tiada arah tujuannya. allah memberi jalan cerita yang berbeza buat setiap hambanya. belajar dari kesakitan sebenarnya memberi kesan yang paling baik buat insan. kerna, kita cenderung untuk mengingati kesakitan daripada kemanisan. lupan, namun ambillah isi dan pengajarannya.

Anonymous said...

salam,tiada benda yang berlaku di dunia ini tiada arah tujuannya. allah memberi jalan cerita yang berbeza buat setiap hambanya. belajar dari kesakitan sebenarnya memberi kesan yang paling baik buat insan. kerna, kita cenderung untuk mengingati kesakitan daripada kemanisan. lupan, namun ambillah isi dan pengajarannya.

ALoNa CintamaniszLite said...

Memang ler Aie..manusia ni kalo terjadi apa2..suka sgt mengungkit. Yg sedih tu..disebabkan nila, abes rosak susu sebelanga!

Mmg betul..yg sudah tu sudah ler.

Luth Textile said...

sayu sy baca entry neh.. kaku tak tahu nak cakap apa.. sy paham maksud lu brother..

kita berada dalam situasi yang sama..

Ivy Metaga said...

A sad thing in life is when we meet someone who means a lot to us, only to find out in the end that it was never meant to be and we just have to let go...

Ivy Metaga said...

A sad thing in life is when we meet someone who means a lot to us, only to find out in the end that it was never meant to be and we just have to let go...

imHepPie said...

sabo eh...
ilek2..
kalo ada jdoh ada ar..

erkk tol ke nih..ke aku da salah topik..huhuuu

sharamli said...

tp xmudah naK LUPAKAN benda2 yg da lepas..

said...

Kita hanya perlu satu minit sahaja untuk menghancurkan seseorang, Satu jam untuk menyukai seseorang, Satu hari untuk mencintai seseorang, Tetapi memerlukan seumur hidup untuk melupakan seseorang...

Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu dengan orang yang tidak tepat. Jadi ketika kita akhirnya bertemu dengan orang yang tepat kita akan tahu betapa berharganya anugerah tersebut.

********************************

kak yanie suker ayat2 kat atas nih dik.....

sabar dan berdoa..agar dipermudahkan segala urusan..

amin

imHepPie said...

let by gone be by gone...

padehl translate tajuk entri je..huk3

addyaholix said...

bahagia itu bila kau memilih untuk bahagia.

tanpa cinta pun kau mampu bahagia. tapi dengan cinta, kau akan merasa lebih bahagia. tapi awas, cinta juga mampu buat kau derita.

cinta juga kadang bermaksud melepaskan pergi. melihat yang dicinta bahagia juga mampu buat kau bahagia. sungguh mulanya memang sakit, tapi kau akan puas. kau akan lebih faham apa itu cinta. dan kau akan lebih menghargai cinta yang sebenar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails