Hidup in satu perjuangan.Sejak dalam kandungan lagi kita telah berjuang untuk hidup, kemudian perjuangan yang sebenar berlaku setelah kita keluar daripada pintu rahim ibu. Jadi tiada istilah untuk kita berehat selagi nadi dan jantung kita berdenyut.Cuma bentuk perjuangan itulah yang berbeza daripada seseorang individu dengan individu yang lain. Seandainya kita bosan berjuang dan berhenti untuk meneruskan perjuangan, maka kehidupan sebenarnya sudah 'mati' sebelum kita mati.
Mengapa saya berbicara soal perjuangan?Banyak sebabnya. Dan salah satunya ianya juga berkaitan dengan peristiwa hijrah.Hijrah itu juga satu perjuangan.Teringat sejarah nabi di mana pada 1 muharram berlakunya penghijrahan nabi dan umat islam dari kota mekah ke kota madinah. Begitu sulit perjalanan nabi pada ketika itu tetapi baginda tetap meneruskan perjuangan.Pada masa itu juga berlakunya perpaduan kaum muhajirin dan ansar.
Dan hari ini, saya juga akan berhijrah. Berhijrah untuk menyambung perjuangan saya yang belum selesai lagi dan saya rasa perjuangan ini tidak akan selesai sampai bila2 sehingga nafas ini berhenti. Perjuangan biasanya menuntut seseorang untuk melakukan pengorbanan yang besar.Jika kita ingin mencapai keadaan yang selesa, bukan mudah.Ianya mestilah menemui jalan2 yang sukar dan berliku terlebih dahulu.Jatuh dan bangun adalah adat perjuangan.Tidak semestinya perjuangan itu akan diakhiri dengan kejayaan tapi kita pastikan perjuangan ini tidak diakhiri dengan kekalahan yang teruk.
Tanamkan dalam diri bahawa perjuangan bukanlah untuk diri sendiri.Perlu juga mengambikira faktor orang2 sekeliling.Jika difikirkan perjuangan hanya untuk diri sendiri, saya pasti ada unsur2 penipuan akan berlaku.Bergerak dan berkorban atas kaki sendiri itu yang lebih berharga daripada bergantung harap daripada orang lain biarpun ianya sukar dan pahit.Dan percayalah semua yang berlaku adalah takdir-Nya berdasarkan apa yang telah kita usahakan dan kerjakan.
Memang apa yang telah berlaku adalah takdir yang tidak boleh diubah lagi. Apa yang boleh diubah adalah nasib hari ini. Menangisi masa lalu tidak ada gunanya, sebaliknya jadikan tregedi itu satu perjuangan untuk meningkatkan lagi kualiti hidup dan menjadikan kita lebih menghargai kehidupan ini.
*sekadar peringatan untuk diri sendiri yang akan meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu..Cuti dah abissss...
notakakikukumalu :
SALAM MAAL HIJRAH 1430H
Hidup memerlukan penghijrahan.Dari negatif ke positif.Penghijrahan memerlukan pengorbanan.Pengorbanan memerlukan perjuangan.Perjuangan memelukan ketabahan.Ketabahan memerlukan keyakinan.Keyakinan pula menentukan kejayaan dan kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan..
Monday, December 29, 2008
Saturday, December 27, 2008
Sabar
Penat.Satu ungkapan yang cukup untuk menggambarkan keadaan yang memerlukan kesabaran.Terasa sangat penat. Penantian yang begitu meletihkan. Penantian yang menghampakan. Sudah berkali-kali. Seakan semangat dan tenaga disedut keluar. Hilang entah ke mana. Betapa kesabaran itu teruji.
Lapan belas kali. Bukan setakat lapan belas kali.Sudah berkali-kali.Bayangkan, sudah berkali-kali mencari sebabnya tapi tak tahu mengapa.
Semalam, masih mencuba dan kepenatan itu menarik bersama semangat di dalam diri ini. Hari ini, begitu juga. Pertama kalinya mula rasa berputus asa dan rasa tidak begitu bersungguh untuk mecubanya lagi. Kalau benar susunatur blog ini berselerak jika dilihat menggunakan Internet Explorer @Google Chrome, kenapa tidak dapat dikesan apa puncanya?
Sabar. Berulangkali.
Sabar. Lagi dan lagi.
notakakikukumalu :
Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar.

Sepatutnya nampak macam ni.Tapi sape2 yang nampak background kuning dan widget2 berterabur, sila abaikan.Saya hampir berputus asa.huhu
notakakikukumalu :
Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar.
Friday, December 26, 2008
Sihat itu nikmat
Wednesday, December 24, 2008
Bersyukur kerana hidup sihat
Hampir 5 hari jugalah saya hilang nikmat kehidupan sebenar.Bukan bermaksud nyawa saya sudah tiada..nauzubillah tapi nikmat untuk merasa makanan tiada dalam masa hampir 5 hari.Bukan sakit teruk pun.Saya cuma mengalami bengkak tonsil, selesema dan sakit gigi.Sakit saya datang satu pakej..Bila jumpa doktor gigi, dia kata tiada gigi yang rosak tapi ada gigi baru nak tumbuh.Dr. tu kata lagi, mungkin gigi bongsu..Ada ke umur macam ni gigi nak tumbul lagi?Menurut Dr. juga tonsil saya memang bengkak dan merah sangat.Padanlah nak telan air liur pun perit.
Hajatnya hanya nak berehat sahaja di rumah tapi mengenangkan ayahanda tak berapa sihat juga, saya gagahkan juga diri ni untuk berniaga di kedai.Lagipun,cuti semester saya hampir tamat, jadinya saya rebut peluang untuk habiskan sisa2 cuti ini dengan sesuatu yang manfaat.
Selalunya setiap kali pelanggan saya datang membeli, sayalah yang akan bertanya mereka terlebih dahulu, tetapi kali ini saya banyak berdiam. Tak perlu banyak bertanya, rata-rata menyatakan pipi saya sebelah saya kelihatan bengkak.Mungkin akibat sakit gigi yang saya alami.Hinggakan saya berurusan dengan pihak bank semalam, saya sentiasa memegang pipi saya untuk menyembunyikan dari kelihatan bengkak.Dan sekarang pipi saya masih ditampal dengan koyok cap lada!
Sungguh benar maksud hadis, "rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara".Satu daripadanya ialah waktu sihat sebelum datangnya waktu sakit. Walaupun baru diuji oleh Allah dengan sakit yang amat mudah, ternyata saya merasakan hilang segala nikmat hidup.Saya sukar bercakap dan sukar makan apatah lagi untuk menelan air liur juga terasa amat perit bagi saya.Dalam sekelip mata, hanya melalui tiga ujian sakit yang berbeza-beza tapi didatangi secara serentak,saya hilang segalanya. Sungguh tidak seronok!Apa yang seronok kalau nak makan pun tak boleh?nak bau wangi pun tak bau apa2?Mujur masih boleh bergerak lagi.Niat hati untuk makan tapi tak sanggup untuk menelan kerana tekak sakit dan perit.Menelan air kosong pun seperti menelan duri.
Apa yang mampu saya buat hanyalah berdoa ke hadrat Ilahi supaya diberi kekuatan dalam menempuhi kesakitan ini.Semoga Allah memakbulkan doa kerana saya tahu Allah itu Maha Mendengar. Kini saya sedar betapa berharganya sebuah kesihatan yang baik untuk sebuah kehidupan.Sebelum ini saya jarang2 berdoa mohon diri saya dikurniakan kesihatan yang baik.Yang selalu saya doakan, jauhkan ibu bapa saya dari segala jenis penyakit yang berbahaya. Saya terlupa, saya juga perlu sihat untuk diri sendiri dan semua insan yang tersayang di sekeliling saya dan InsyaAllah saya akan cuba petua yang umie maklumkan kepada saya sebelum entri ini dibuat iaitu makan aiskrim perisa vanilla untuk kurangkan bengkak tonsil yang saya alami sekarang ini.
Allah itu menguji manusia dengan pelbagai cara.Salah satunya, Allah memberi kesakitan supaya hamba-Nya tidak lupa kepada-Nya.

Monday, December 22, 2008
Belajar dari sejarah silam
Bertemu semula memang menyeronokkan. Apatah lagi ianya jarang dilakukan memandangkan masing-masing sibuk dan mempunyai komitmen sendiri.Kita akan terasa kembali muda kerana bersama teman lama, sudah pasti apa yang dibualkan adalah cerita lama dan kisah lama.Kita tidak ada kisah baru untuk dibualkan bersamanya, kecuali hanya bertanya khabar diri dan keluarga selebihnya memori yang tersimpan adalah kisah zaman sekolah.
Memang sesekali bertemu dengan wajah rakan-rakan lama yang tidak polos lagi memberi sesuatu manfaat pada saya.Bercerita tentang kisah lalu bermakna saya kembali menyiasat diri.Kita menyelusuri zaman-zaman silam dan mengkaji siapa diri kita masa dulu dan siapa kita hari ini.
Rakan yang satu ketika dulu saya kenali sebagai rakan yang sangat nakal dan suka mengusik, tiba-tiba muncul di hadapan saya sebagai seorang bakal jurutera, sebagai pendidik dan sebagai pegawai atasan.Inilah yang dicorakkan pada zaman silam.Rupanya kita tidak boleh menghakimi nasib seseorang berdasarkan keadaan atau sikapnya ketika itu.Kalau kita melihat dia ketika itu seperti seorang yang tidak ada masa depan, belum tentu dia jadi "sampah" apabila dewasa.Sebab masa mengajar seseorang menjadi matang.Masa juga memberi pelbagai pengalaman yang boleh merubah seseorang manusia.Inilah yang harus difikirkan dan sepanjang perjalanan balik, saya berfikir sendirian.
Bertemu semula dengan beberapa orang rakan lama, menyebabkan saya kembali berfikir bahawa kehidupan ini perlu dicorak.Ya, memang betul kehidupan itu perlu dicorak.Tanpa saya sedari tiba-tiba ayat itu terpacul keluar dari mulut saya secara spontan ketika saya memandu.Masa memberi peluang untuk kita mengubah diri.Masa memberi kita jaminan untuk mencari kehidupan yang lebih bermakna.Masa juga mengajar kita mencari pengalaman dan masa juga memperkenalkan kita pada kebenaran.
Begitulah perjalanan masa.Jadi sekiranya hari ini kita kecewa dengan keadaan diri sendiri, jangan menangisi kerana perjalanan pasti akan merubah segalanya.Kita perlu yakin bahawa kesusahan, kekecewaan atau kesengsaraan hidup hari ini, bukanlah sesuatu yang kekal.Ia akan pasti berarak pergi, mengikuti peredaran masa asalkan kita tahu menggunakan perjalanan waktu itu dengan baik.Sejarah silam tidak boleh diubah tetapi sejarah itu boleh dijadikan panduan dan pengalaman untuk menjadi kayu pengukur dalam mencorak kehidupan sekarang.....
notakakikukumalu :
Masa lampau adalah cikgu yang terbaik untuk mematangkan diri.

Eh..eh..nape ada kereta2 ni?O...tempat ni la saya jumpa kawan2 saya pada hujung minggu baru-baru ni di Persada Johor sempena Autoshow 08 dan PC fair
notakakikukumalu :
Masa lampau adalah cikgu yang terbaik untuk mematangkan diri.
Saturday, December 20, 2008
Bila tiba-tiba jantung berdegup kencang
Alhamdulillah
Satu kalimah suci yang cukup untuk menggambarkan seseorang itu bersyukur. Mana tidaknya, macam2 yang difikirkan sebelum ini. Jika begini, saya akan mengambil langkah sebegitu, jika begitu, saya akan mengambil langkah sebegini dan jika begitu dan begini, saya akan jadikan ianya kekuatan dan pendorong untuk melangkah ke hadapan lagi.
Lega.Ini keputusannya..jantung yang berdegup kencang tiba-tiba tenang dan hiba walaupun tidak mampu untuk mengumpul deretan A.
Terima kasih ya Allah, jika ini keputusan ku, aku bersyukur kepadamu.Untuk mak dan bapak, sem ni aie dapat dekan. Tebus semula keputusan yang lepas.
Tiba-tiba jantung yang berdegup kencang dan mula berasa tenang ini perlu menghambakan diri kepada Yang Esa di tengah malam ini tanda syukur atas nikmat yang diberikan.
*Sekadar berkongsi kegembiraan untuk insan yang sentiasa memberi kekuatan dalam diri ini.
notakakikukumalu :
Peringatan untuk diri sendiri : Allah memberi kejayaan kepada seseorang dengan dua sebab iaitu yang pertamanya untuk menaikkan darjat sesorang dan yang kedua untuk menghina sesorang. Jangan lupa diri.

Friday, December 19, 2008
Ada apa pada A
Kini sudah hampir masuk penghujung bulan 12 dan ini bermaksud keputusan peperiksaan semester lepas akan keluar. Ya, esok keputusan peperiksaan boleh diperolehi secara online.Saya sudah merasakan debarannya.Apatah lagi semester lepas banyak subjek yang membawa mata kredit yang tinggi.
Keputusan yang bakal saya terima memang menakutkan saya walaupun saya yakin saya tidak akan gagal tetapi adakah saya dapat meningkatkan prestasi saya? sebabnya pada semester yang lepas, saya terkejar-kejar untuk melakukan sesuatu kerja, bukan tidak cukup masa tapi habis waktu kuliah kadang-kadang saya terpaksa balik ke rumah untuk melihat keadaan ayahanda yang tidak sihat. Tapi itu bukan alasan sebaliknya itulah kekuatan saya untuk meneruskan perjuangan ini!!
Teringat saya semasa saya menerima keputusan SPM pada 6 tahun yang lepas, saya menghadapi cabaran ini. Air mata saya keluar juga bukan sebab gembira menerima keputusan tersebut tetapi saya tidak bersedia untuk menerima keputusan itu walaupun keputusan itu adalah muktamad. Saya jadikan keputusan itu sebagai pendorong walaupun saya tidak mendapat berderet A.
Dan kali ini saya hadapi cabaran itu lagi sekali. Selepas tamat pengajian di peringkat diploma, saya ke peringkat seterusnya. Tapi peringkat kali ini saya juga tewas untuk mendapatkan deret A seperti di peringkat diploma dulu. Saya bertanya sendiri.Perlu sangat ke A dalam akademik?Sebabnya saya mempunyai pengalaman semasa menghadiri temuduga selepas tamat pengajian di peringkat diploma. Jawapan yang diberikan oleh satu firma swasta cukup membuatkan saya berfikir sepanjang hari selepas menghadiri temuduga tersebut.
"Saya takut nak ambil fresh graduate dengan pointer yang tinggi sebabnya mereka pasti demand dengan gaji yang terlalu tinggi dan menjadikan company ini sebagai batu loncatan sahaja untuk pergi ke tempat lain…."
A tak menjamin kejayaan hakiki tapi hanya satu syarat untuk maju dalam hidup sebabnya orang yang tidak mendapat berderet A juga mampu membuktikan bahawa mereka cemerlang sebabnya untuk cemerlang hendaklah senantiasa berusaha dan mencabar diri untuk mencapai satu tahap demi satu tahap.
Sekarang saya faham bahawa ‘mindset’ yang membawa kita berjaya tidak sama dengan ‘mindset’ yang membawa kita kecundang.Tidak pernah terjadi kejayaan dibeli dengan kemalasan.
notakakikukumalu :
Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.

Pujilah dan ucap terima kasih
Dalam sehari berapa kali kita mengucap terima kasih dan berapa kali kita memuji orang lain? Kita sering mengharapkan pujian daripada orang lain tetapi kita amat sukar untuk memuji mereka.Mungkin anda mengatakan pujian hanya akan membuatkan kita leka dan berada di awang-awangan.Tetapi tidak ramai yang tahu pujian yang kita berikan adakalanya dapat mengubah sikap dan kehidupan seseorang.Pujian yang deberikan juga adakalanya menjadi suntikan semangat yang boleh meningkatkan lagi kualiti da mutu hidup.
Termenung seketika dalam diri sendiri. Menilai kemurahan hati saya sendiri dalam melahirkan ucapan terima kasih kepada orang-orang di sekeliling saya. Bertanya sendirian dalam diri, adakah saya mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya yang begitu setia memasak makanan setiap hari dan mencari rezeki, adakah saya mengucapkan terima kasih kepada adik beradik saya yang seringkali menghulurkan bantuan di kala saya ditimpa musibah dan di kampus adakah saya mengucapkan terima kasih kepada sahabat handai sebaik sahaja mereka bersedia membantu di kala saya kesusahan? Saya fikir dan renung kembali.
Ada masanya saya sering menganggap dan memandang remeh perkara ini tapi sampai bila saya akan terus menjadi insan yang tidak tahu menghargai kerja orang lain?
Sukar sangat ke untuk saya melakukannya? Jawapannya TIDAK sebab ia satu penghargaan yang paling mudah dan tidak memerlukan sebarang modal tetapi hasilnya begitu mengesankan.
Saya akan cuba tanamkan sifat ini dalam diri supaya ianya dapat diamalkan.Terima kasih kepada sahabat saya di alam maya ini yang memberikan saya kad sebagai tanda ingatan dan terima kasih.
Pertamanya terima kasih kepada Sis Tera yang sudi memberi saya e-card ini.
Dan terima kasih juga kepada sahabat saya zahra aisya atas pemberian kad ini.
Tidak lupa juga untuk Sis Eya..terima kasih atas kad "persahabatan" ini..Semoga persahabatan yang terjalin akan kekal selamanya..
Terima kasih juga untuk Umie n Papa atas pemberian kad tanda ingatan ni...Saya juga akan mengingati kalian.
notakakikukumalu :
Mengucapkan terima kasih adalah salah satu cara bersyukur dengan nikmat yang diberi.

Wednesday, December 17, 2008
Berkorban,terkorban atau dikorbani
Ada cinta tiada kejujuran, ada kasih sayang tiada kesetiaan, ada kebahagiaan tiada keserasian, tapi kalau ada diri sendiri, segala-galanya boleh selesai.
Dalam kerendahan hati, ada ketulusan budi, dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa, hidup ini indah.....Maka kerana hidup itu indah, usahlah dibancuh dengan kesusahan bikinan sendiri.Merindulah sebab rindu merindui adatnya orang bercinta, bercintalah sebab manusia yang normal memang perlukan cinta untuk mencintai dan dicintai, tapi usah terlalu rindu sebab ia bakal mencemar cinta.
Orang yang terlalu rindu sanggup berkorban, tetapi sering terkorban atau akhirnya dikorbani.
Jika disedari, yang paling menyakitkan dalam hidup adalah menyayangi tapi tak disayangi, merindui tapi tidak dirindui, mengingati tapi tak diingati, namun ada yang lebih perit dari itu, bila ingin melupakan seseorang, bila ingin jauhkan diri sedangkan kita sedari pemergian kita itu bakal membahagiakannya.
Misterinya cinta dan anehnya rindu selalu selalu gagal difahami dan dimengerti.
Kadang mata salah melihat, telinga salah mendengar, mulut salah berucap, hati salah menduga.

Sunday, December 14, 2008
Tak usah sembarangan senyum
Apa pun jawatan yang disandang, kita memegang amanah untuk senyum.Lebih-lebih lagi jika bertugas di bahagian penyambut tetamu.ini kerana tugas penyambut tetamu ialah melayan tetamu sebaik-baiknya dengan senyuman.Senyum itu dibayar.Maka ia menjadi amanah yang mesti si penyambut tetamu laksanakan.
Apa juga pekerjaan akan menjadi mudah kalau dilaksanakan dengan penuh minat, sebaiknya apa juga pekerjaan akan menjadi payah kalau dilaksankan dengan menyampah.Cubalah senyum dan maniskan senyuman itu, semua pekerjaan akan menjadi lancar.Tapi cubalah marah-marah semua pekerjaan tak akan menjadi.
Jika suri rumah, si suri rumah masih memikul amanah untuk senyum.senyumlah kepada semua ahli keluarga kerana senyum itu dapat menghilangkan lelah si suami dan menggembirakan anak-anak.
Senyum juga mengindahkan wajah seseorang dan senyum adalah jawapan kepada semua masalah. Hadapai masalah dengan selamba membuatkan mudah tersenyum.Senyum itu sedekah, maka senyumlah sebab kita tidak akan mampu mengeluarkan sedekah pada setiap masa.
Tapi saya sering berkata,bagaimana dengan orang yang tidak membalas senyuman saya?Apakah kita patut senyum terhadapnya?
Perkara itu bukan mudah sebabnya untuk memotivasikan manusia kita perlu banyak senyum terhadapnya.Senyuman kita akan akan memberikan rasa selesa di hatinya dan dia akan memberikan senyuman balik.
Sekarang saya hanya boleh memberikan tempoh tiga kali senyuman kepada seseorang.Sekiranya tiga kali senyuman saya tidak berbalas, dan saya benar-benar yakin dia memang melihat senyuman saya itu ditujukan khas untuknya, saya akan mengambil sikap lokek senyuman,tetapi hanya untuk orang itu.
Walaupun senyuman itu terbaik untuk senaman muka serta memberikan pahala,bagi orang yang tidak mahu menerimanya atau tidak mahu menerimanya atau tidak tahu hendak membalasnya, saya tidak perlu memberikannya.Berikan hanya pada orang yang sudi dan mendambakan selalu.
Saya juga akan sentiasa berikan senyuman kepada orang-orang yang berhak-ibu bapa, adik beradik,saudara mara,sahabat,jiran,pelanggan dan sesiapa juga.Kalau tak mampu senyum lebar, cukuplah saya menarik sedikit mulut ke tepi pipi.(",)
Bercerita berkenaan senyum, suka ingin saya membuatkan sahabat saya seorang ini tersenyum kerana beliau seorang yang cukup sederhana tetapi mampu membuat saya tersenyum.Selamat hari Lahir!!
notakakikukumalu :
Dalam hadis yang lain nabi s.a.w bersabda antara lain maksudnya, kamu tidak akan dapat menggembirakan semua orang dengan harta benda, tetapi kamu dapat menggembirakan semua dengan senyuman

Saturday, December 13, 2008
Tiada kasih setulus kasih ibu
Ruangan ini saya sediakan khas untuk ibu saya.Tidak ada hadiah yang paling istimewa untuknya selain daripada ucapan tulus kasih dari saya untuk ibu tercinta.Walaupun hari ini saya bukan kanak-kanak lagi,malahan sudah pun mampu untuk memikul tanggungjawab sendiri, namun rasa kasih saya pada ibu, tidak pernah pudar walau sekelumit pun.Saya pun tahu kasih ibu kepada saya juga tidak pernah berkurang,walaupun pada zahirnya kelihatan dia kini lebih menyayangi dan menyebut-nyebut rindu terhadap cucu-cucunya.
Kasih ibu memang ibarat air laut yang tidak pernah surut.Walaupun saya bukannya anak yang boleh dikendong lagi, tetapi setiap kali menyambut kepulangan saya dari kampus, pelukan eratnya sama seperti ketika saya masih kecil-kecil dahulu.Air matanya pasti tumpah setiap kali tahu saya anak-anaknya sakit.Ini kelebihan seorang ibu.Di dadanya sentiasa mampu menampung sebanyak mana pun cinta untuk anak-anak.Walau sebanyak mana pun dia mecurahkan kasihnya,namun kasih itu tidak pernah luak.
Ketika saya masih kecil dulu, saya tidak pernah sekalipun meraikan Hari Lahir Ibu.Malahan ketika itu saya langsung tidak mengingati hari yang istimewa itu.Apa yang saya ingat,hanya hari rayalah hari yang paling bahagia dan ditunggu-tunggu oleh semua kanak-kanak.
Hari ini,apabila saya semakin dewasa,mak juga semakin dimamah usia.Kerut-kerut wajah mak menandakan pelbagai pancaroba sudah dilaluinya sepanjang membesarkan kami anak-anaknya.Namun senyuman tulusnya tetap tidak berubah.Walaupun mak kini telah berusia, namun kasih sayang dan rasa cinta saya semakin mendalam kepadanya.
Saya ingin mak juga tahu bahawa saya sangat cintakannya.Dan hati saya sering berdoa agar saya dipertemukan dengan insan yang setabah dan sehebat mak dalam mendidik, mengasuh dan memberikan kasih sayang kepada anak-anak saya suatu hati nanti.
Di kesempatan ini, ingin saya ucapkan
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 51 TAHUN BUAT MAK, Puan Hjh Hindun YANG SAYA CINTAI.
Semoga emak sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah
notakakikukumalu :
Kasih ibu membawa ke syurga

Wednesday, December 10, 2008
Kehebatan diri.Hebatkah?
Baru-baru ini saya bertemu dengan seorang sahabat lama saya. Mempunyai kerjaya yang kukuh dan kereta yang besar. Hati saya berdetik kagum. “Wah, hebatnya keupayaan sahabat aku ni! usia yang muda sudah mampu memiliki kenderaan yang mewah. Kekaguman saya tidak hanya setakat itu. Saya turut kagum dengan semangat waja sahabat saya itu, sebab dia bukan sahaja masih muda tetapi semangatnya tetap prima.
Saya suka mendengar prinsip2 dan cara beliau berhadapan dan menangani cabaran memberikan inspirasi kepada saya bahawa apa-apa jua bidang yang kita ceburi, sekiranya dilakukan dengan bersungguh-sungguh pasti akan menemui kejayaan.
Walaupun kadang kala terpaksa menerima kegagalan dan biasanya kegagalan itu menyakitkan, namun jika kemahuan dan keinginan kita kuat, sudah pasti kegagalan itu akan memberi rahmat. Kegagalan pun sebenarnya meyelitkan kemanisan, sebab dari kegagalanlah kita belajar erti kejayaan.
Saya percaya, ramai orang2 yang berjaya hari ini, tidak terlepas daripada menghadapi pelbagai rintangan atau kegagalan, tetapi kenapa mereka sanggup bangkit dan terus unggul?Jawapannya mereka belajar daripada kesalahan lampau.
Saya juga ingin jadi sebegitu. Jika dahulu saya sering mengadu betapa kecewanya saya dengan ketidakadilan kehidupan ini, dan betapa merananya kerana tidak dapat menikmati sebuah kehidupan sempurna seperti orang lain. Saya sering merasakan dunia ini menghukum saya tetapi saya pelajari dari pengalaman seorang sahabat saya ini bahawa jangan terlalu berserah pada nasib atau mengharapkan keajaiban untuk mengubah diri dan sebenarnya diri sendiri yang perlu bangun dan bangkit daripada segala kegagalan atau kekecewaan.
Ini adalah kerana semangat yang kuat hanya dimiliki oleh orang2 hebat dan saya mesti sedar bahawa saya juga hebat seperti orang lain sebabnya dengan kehebatan saya inilah saya selamat sampai ke dunia hingga ke hari ini.
Saya sering berfikir jika dari rahim ibu lagi saya sudah pandai berenang kenapa bila sudah wujud di dunia ini saya masih kelemasan?
notakakikukumalu :
Kegagalan umpama ibu atau guru kepada sebuah kejayaan. Malahan kejayaan akan memberi erti yang besar kepada seseorang itu jika dia pernah menempuhi kegagalan.Sudah pasti orang2 seperti ini amat menghargai kejayaannya dan akan sentiasa berhati2 agar kesilapan atau kegagalan lampau tidak berulang semula.Inilah hikmahnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)