Saturday, December 13, 2008

Tiada kasih setulus kasih ibu

Ruangan ini saya sediakan khas untuk ibu saya.Tidak ada hadiah yang paling istimewa untuknya selain daripada ucapan tulus kasih dari saya untuk ibu tercinta.Walaupun hari ini saya bukan kanak-kanak lagi,malahan sudah pun mampu untuk memikul tanggungjawab sendiri, namun rasa kasih saya pada ibu, tidak pernah pudar walau sekelumit pun.Saya pun tahu kasih ibu kepada saya juga tidak pernah berkurang,walaupun pada zahirnya kelihatan dia kini lebih menyayangi dan menyebut-nyebut rindu terhadap cucu-cucunya.

Kasih ibu memang ibarat air laut yang tidak pernah surut.Walaupun saya bukannya anak yang boleh dikendong lagi, tetapi setiap kali menyambut kepulangan saya dari kampus, pelukan eratnya sama seperti ketika saya masih kecil-kecil dahulu.Air matanya pasti tumpah setiap kali tahu saya anak-anaknya sakit.Ini kelebihan seorang ibu.Di dadanya sentiasa mampu menampung sebanyak mana pun cinta untuk anak-anak.Walau sebanyak mana pun dia mecurahkan kasihnya,namun kasih itu tidak pernah luak.

Ketika saya masih kecil dulu, saya tidak pernah sekalipun meraikan Hari Lahir Ibu.Malahan ketika itu saya langsung tidak mengingati hari yang istimewa itu.Apa yang saya ingat,hanya hari rayalah hari yang paling bahagia dan ditunggu-tunggu oleh semua kanak-kanak.

Hari ini,apabila saya semakin dewasa,mak juga semakin dimamah usia.Kerut-kerut wajah mak menandakan pelbagai pancaroba sudah dilaluinya sepanjang membesarkan kami anak-anaknya.Namun senyuman tulusnya tetap tidak berubah.Walaupun mak kini telah berusia, namun kasih sayang dan rasa cinta saya semakin mendalam kepadanya.

Saya ingin mak juga tahu bahawa saya sangat cintakannya.Dan hati saya sering berdoa agar saya dipertemukan dengan insan yang setabah dan sehebat mak dalam mendidik, mengasuh dan memberikan kasih sayang kepada anak-anak saya suatu hati nanti.

Di kesempatan ini, ingin saya ucapkan
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 51 TAHUN BUAT MAK, Puan Hjh Hindun YANG SAYA CINTAI.

Semoga emak sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah


notakakikukumalu :

Kasih ibu membawa ke syurga

13 comments:

addyaholix said...

kasih ibu ke syurga.

azza_irah said...

selamat ulang tahun juga buat mak aie..
semoga ceria dan tenang2 selalu..

Fly said...

tiada kasih yang sehebat kasihnya seorang ibu..selamat ulang tahun buat ibu tercinta..dan selamat berhujung minggu

i-chimera said...

selamat hari lahir jugak buat mak cik... semoga sihat dan ceria selalu... semoga makin berseri2... moga impian2 yg masih tak tertunai akan segera tertunai...

pEnNa said...

selamat hari lahir tuk mak aie..
ermm..sy sy bonda sy!
;)

Azita said...

selamat hari lahir untuk emak aie... sayangilah ibubapa kita sementara masih punya masa...

:: Cikgu Wiween :: said...

happy bday buat ibu aie ;)

~NurKasih~ said...

Happy b'lated b'day Buat Pn.Hjh Hindun..Semoga dipanjangkan Umur dan di murahkan rezeki.. Sentiasa menjadi ratu hati buat suami & anak2..Semoga kesihatan Ayah Aie bertambah baik..Beruntung Aie masih punyai Ibu & ayah..

AiE bAhRi said...

Terima kasih semua...

ah tok said...

Peluk cium untuk bonda tercinta. Mmmmmmuuuakkks!


Weh aie, ibu saya nama dia Hjh Hindun juga tau..


.

AiE bAhRi said...

bro ah tok..
Oh..rupanya kita dilahirkan dari perut ibu yang sama.
muakakakaka...

aku adikmu dan engkau abg..lalalalala

ザリア said...

semoga dipanjangkan umur n dimurahkan rezeki makcik..

miss galaxy said...

anis dah lambat ucap slmtulang tahun buat mak aie.
moga2 aie dan keluarga gembira hendaknya...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails