Wednesday, December 10, 2008

Kehebatan diri.Hebatkah?

Baru-baru ini saya bertemu dengan seorang sahabat lama saya. Mempunyai kerjaya yang kukuh dan kereta yang besar. Hati saya berdetik kagum. “Wah, hebatnya keupayaan sahabat aku ni! usia yang muda sudah mampu memiliki kenderaan yang mewah. Kekaguman saya tidak hanya setakat itu. Saya turut kagum dengan semangat waja sahabat saya itu, sebab dia bukan sahaja masih muda tetapi semangatnya tetap prima.

Saya suka mendengar prinsip2 dan cara beliau berhadapan dan menangani cabaran memberikan inspirasi kepada saya bahawa apa-apa jua bidang yang kita ceburi, sekiranya dilakukan dengan bersungguh-sungguh pasti akan menemui kejayaan.

Walaupun kadang kala terpaksa menerima kegagalan dan biasanya kegagalan itu menyakitkan, namun jika kemahuan dan keinginan kita kuat, sudah pasti kegagalan itu akan memberi rahmat. Kegagalan pun sebenarnya meyelitkan kemanisan, sebab dari kegagalanlah kita belajar erti kejayaan.

Saya percaya, ramai orang2 yang berjaya hari ini, tidak terlepas daripada menghadapi pelbagai rintangan atau kegagalan, tetapi kenapa mereka sanggup bangkit dan terus unggul?Jawapannya mereka belajar daripada kesalahan lampau.

Saya juga ingin jadi sebegitu. Jika dahulu saya sering mengadu betapa kecewanya saya dengan ketidakadilan kehidupan ini, dan betapa merananya kerana tidak dapat menikmati sebuah kehidupan sempurna seperti orang lain. Saya sering merasakan dunia ini menghukum saya tetapi saya pelajari dari pengalaman seorang sahabat saya ini bahawa jangan terlalu berserah pada nasib atau mengharapkan keajaiban untuk mengubah diri dan sebenarnya diri sendiri yang perlu bangun dan bangkit daripada segala kegagalan atau kekecewaan.

Ini adalah kerana semangat yang kuat hanya dimiliki oleh orang2 hebat dan saya mesti sedar bahawa saya juga hebat seperti orang lain sebabnya dengan kehebatan saya inilah saya selamat sampai ke dunia hingga ke hari ini.

Saya sering berfikir jika dari rahim ibu lagi saya sudah pandai berenang kenapa bila sudah wujud di dunia ini saya masih kelemasan?

notakakikukumalu :

Kegagalan umpama ibu atau guru kepada sebuah kejayaan. Malahan kejayaan akan memberi erti yang besar kepada seseorang itu jika dia pernah menempuhi kegagalan.Sudah pasti orang2 seperti ini amat menghargai kejayaannya dan akan sentiasa berhati2 agar kesilapan atau kegagalan lampau tidak berulang semula.Inilah hikmahnya.

9 comments:

Mr. Janggel said...

Betul tu bukan senang untuk berjaya dan bukan susah untuk rebah.. segala-galanya bergantung kepada usaha dan kecekalan hati..
percayalah....sebab untuk berjaya perlu ada pengalaman yang mengajarnya.

pEnNa said...

betul..sy sokong!
kegagalan akan menguatkan semangat kite tuk lebih berjaya di masa akan datam..

ermm..suke aje baca blog aie nih..
;)

i-chimera said...

orang kata.. orang yang berjaya bukanlah orang yg tak pernah jatuh... tapi orang yang berusaha dan mampu utk bangun semula selepas dia jatuh....

semua org punya kehebatan tersendiri... aie hebat cara aie.. saya hebat cara saya.. manusia adalah makhluk ciptaan Allah paling hebat.. kelemahan kita adalah kelebihan pd orang lain... kelebihan kita pula kelemahan pada orang lain.. sebabnya, Allah tu mahal adil. dgn kelemahan2 yg kita ada tulah baru kita hidup bertoleransi... tolong menolong, bantu membantu...

jgn bandingkan diri kita dgn orang lain dgn cara tak sihat. Konon, orang lain lebih bijak kaya dan bernasib baik dari kita. Ingat, kita punya kelebihan kita tersendiri. Kita adalah unik. Dunia tidak akan lengkap dgn kehadiran kita. Kita dicipta utk berjaya. Maha suci Allah yg tidak sekali-kali mencipta hambanya untuk gagal. Allah mencipta kita utk berjaya. Sebab tu, kita diberikan pelbagai keistimewaan tersendiri. Soalnya, apakah kita dah bangunkan segala keistimewaan yg kita ada secara optimum. Sejauh mana segala kelebihan yg Allah beri pada kita telah kita kenali, terokai dan kita pergunakan?

jadilah diri sendiri. sayangi diri itu dgn membina keyakinan bahwa Allah maha adil. Dgn mengurniakan bakat dan kemampuan utk mencapai kejayaan hidup dgn berbekalkan segala kelebihan yg kita miliki. Bila kita mula menghargai diri kita.. barulah org lain juga akan menghargai kita...

eh... sorry... terpanjang pulak komen ni. ingatkan ni blog saya tadi... bukan rupanya... heheheh...

satu lagi... hasil tulisan aie, dah makin baguslah...

:: Cikgu Wiween :: said...

kak ween sokong ape aie tulis. dr kegagalan tu laa kita akan bangkit & berusaha jadik berjaya :)

:: Cikgu Wiween :: said...

aie kak ween x dpt view msgbox aie laa :(

addyaholix said...

kau fikir dia hebat.
mungkin dia fikir kau hebat.
siapa tahu kan!

sebab kita punya kehebatan sendiri.
tak bermakna kita tak punya kereta besar makan kita tidak hebat.
tak bermakna kita tak punya kerjaya tetap makanya kita kurang hebat.
hebat itu ada dalam hati.

aku yakin kau hebat.
hebat dengan apa yang kau ada.
sebab aku juga hebat.
cuma aku tahu kenapa aku hebat.

:: Cikgu Wiween :: said...

tu laa psl aie.kak ween pun tatau napa. ie kak ween ke yg prob

Papa-Itam said...

umie sokong.....
kekadang kita perlu idola untuk menjadi pemangkin semangat kita untuk mengecapi kejayaan ....

.::c!kzUrA::. said...

yup..sumenye mudah dlm idup ni..sume ada cabaran..bkn senang nk jd senang..n bkn susah nk jd susah..

*renung2kan dan slmt beramal...

:D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails