Sunday, December 14, 2008

Tak usah sembarangan senyum

Apa pun jawatan yang disandang, kita memegang amanah untuk senyum.Lebih-lebih lagi jika bertugas di bahagian penyambut tetamu.ini kerana tugas penyambut tetamu ialah melayan tetamu sebaik-baiknya dengan senyuman.Senyum itu dibayar.Maka ia menjadi amanah yang mesti si penyambut tetamu laksanakan.

Apa juga pekerjaan akan menjadi mudah kalau dilaksanakan dengan penuh minat, sebaiknya apa juga pekerjaan akan menjadi payah kalau dilaksankan dengan menyampah.Cubalah senyum dan maniskan senyuman itu, semua pekerjaan akan menjadi lancar.Tapi cubalah marah-marah semua pekerjaan tak akan menjadi.

Jika suri rumah, si suri rumah masih memikul amanah untuk senyum.senyumlah kepada semua ahli keluarga kerana senyum itu dapat menghilangkan lelah si suami dan menggembirakan anak-anak.

Senyum juga mengindahkan wajah seseorang dan senyum adalah jawapan kepada semua masalah. Hadapai masalah dengan selamba membuatkan mudah tersenyum.Senyum itu sedekah, maka senyumlah sebab kita tidak akan mampu mengeluarkan sedekah pada setiap masa.

Tapi saya sering berkata,bagaimana dengan orang yang tidak membalas senyuman saya?Apakah kita patut senyum terhadapnya?

Perkara itu bukan mudah sebabnya untuk memotivasikan manusia kita perlu banyak senyum terhadapnya.Senyuman kita akan akan memberikan rasa selesa di hatinya dan dia akan memberikan senyuman balik.

Sekarang saya hanya boleh memberikan tempoh tiga kali senyuman kepada seseorang.Sekiranya tiga kali senyuman saya tidak berbalas, dan saya benar-benar yakin dia memang melihat senyuman saya itu ditujukan khas untuknya, saya akan mengambil sikap lokek senyuman,tetapi hanya untuk orang itu.

Walaupun senyuman itu terbaik untuk senaman muka serta memberikan pahala,bagi orang yang tidak mahu menerimanya atau tidak mahu menerimanya atau tidak tahu hendak membalasnya, saya tidak perlu memberikannya.Berikan hanya pada orang yang sudi dan mendambakan selalu.

Saya juga akan sentiasa berikan senyuman kepada orang-orang yang berhak-ibu bapa, adik beradik,saudara mara,sahabat,jiran,pelanggan dan sesiapa juga.Kalau tak mampu senyum lebar, cukuplah saya menarik sedikit mulut ke tepi pipi.(",)

Bercerita berkenaan senyum, suka ingin saya membuatkan sahabat saya seorang ini tersenyum kerana beliau seorang yang cukup sederhana tetapi mampu membuat saya tersenyum.Selamat hari Lahir!!


notakakikukumalu :

Dalam hadis yang lain nabi s.a.w bersabda antara lain maksudnya, kamu tidak akan dapat menggembirakan semua orang dengan harta benda, tetapi kamu dapat menggembirakan semua dengan senyuman

15 comments:

Tirana said...

Senyum itu satu sedekah. Tak kena keluarkan satu sen pun untuk senyum so tak rugi apa-apa pun jika kita senyum pada seseorang biarpun orang itu tidak membalas senyuman kita..yang pentingnya kita ikhlas memberikan senyuman

i-chimera said...

senyumlah selalu... dan duni akan turut tersenyum bersama kita....

addyaholix said...

senyum pada dunia, nescaya dunia juga pasti senyum buat kita.

dan jangan lupa, senyum juga pada bulan =)

Azita said...

senyum itu satu sedekah. senyumlah kepada dunia...dan dunia akan kembali tersenyum kepada kita!

kayrol said...

untuk membuatkan org suke pada kita eloklah senyum bila bersua dari bermasam muka....

:: Cikgu Wiween :: said...

kalo tgh marah..nampak kwn tersenyum leh wat ati jd sejuk ;)

missyizzati said...

mungkin mereka tak perasan anda senyum pada mereka. :)

selamat tersenyum selalu! hehe

Anonymous said...

Awas musang berbulu ayam, peminta sedekah yang menipu orang awam di Bkt Bintang.. http://jamilkucingpondan.blogspot.com .. dulu reformis sekarang pengemis .. pengiat sex songsang

Mr. Janggel said...

Arggggghhhh!!! Terjkejut bile tetibe nampak gambar ku itu!!!

TQ Aie..for the present!!

Terharu nih..hikhikhik....

Membaca sambil TERSENYUMMMMMMMMM

ah tok said...

Saya dah cuba sedaya upaya buat muka tersenyum lebar.

Tapi, orang kata saya masam muka. Malas nak senyum.

Barangkali senyuman saya MAHAL.
Orang tertentu saja yang berupaya menilai senyuman saya. Haha!


.

BurungBelatuk said...

baik senyum daripada marah...marah byk gne otot,senyum awet muda sbb plg ckit gne otot...lagipun seri makin naik kalu senyum......senyum sokmo selalu

azza_irah said...

senyum utk adik sayang..

miss galaxy said...

dgn senyuman hati yg panas menjadi sejuk
hati yg membara menjadi suam
senyuman bagai ada saka nya
kemana pergi senyuman sentiasa d bibir.
lakarkan senyuman yg mampu buat anis terus tersenyum melihat aie...

miss u dear
take care

Along Arman said...

senyum adalah awet muda...
senyum sokmo lah!

.farah. said...

nice blog.meh senyum dgn saya. :) haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails