Saturday, December 27, 2008

Sabar

Penat.Satu ungkapan yang cukup untuk menggambarkan keadaan yang memerlukan kesabaran.Terasa sangat penat. Penantian yang begitu meletihkan. Penantian yang menghampakan. Sudah berkali-kali. Seakan semangat dan tenaga disedut keluar. Hilang entah ke mana. Betapa kesabaran itu teruji.

Lapan belas kali. Bukan setakat lapan belas kali.Sudah berkali-kali.Bayangkan, sudah berkali-kali mencari sebabnya tapi tak tahu mengapa.


Semalam, masih mencuba dan kepenatan itu menarik bersama semangat di dalam diri ini. Hari ini, begitu juga. Pertama kalinya mula rasa berputus asa dan rasa tidak begitu bersungguh untuk mecubanya lagi. Kalau benar susunatur blog ini berselerak jika dilihat menggunakan Internet Explorer @Google Chrome, kenapa tidak dapat dikesan apa puncanya?


Sabar. Berulangkali.


Sabar. Lagi dan lagi.

Sepatutnya nampak macam ni.Tapi sape2 yang nampak background kuning dan widget2 berterabur, sila abaikan.Saya hampir berputus asa.huhu


notakakikukumalu :


Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar.

12 comments:

Tirana said...

Salam Aie..kak tirana nampak blog Aie ni okay aje..cantik..kak tirana browse guna firefox.

Mr. Azman @ Kreuger said...

blog hang ok aie.. cume
background lambat loading.
mungking hang upload kat tempat
yang slow kot background die.

aku tengok ok jer... cume slow la
loading tuh~

Kreuger®

i-chimera said...

ok... tak perlu cari lagi... tak perlu berpant lagi... dah ok... hari tu memang keluar background kuning. sekarang dah ok... dah keluar lagsir kain batik tersebut tanpa perlu loading lamalama...

:: Cikgu Wiween :: said...

sabar mengajar manusia jd kurang marah to kdg2 terbabas jugak kan. heheheh

Monkey D Luffy said...

guna firefox ok jer

addyaholix said...

aku bukak ok je. loading pon tak lama. aku pakai firefox ok je.

cantik background tu. macam shawl yang aku beli kat indon haha!

arsaili said...

salam..sabar itu separuh daripada iman...sabar juga mengajar kita erti kebesaran Illahi...

Tie said...

Cantik apa...tak yah susah2 lagi...:)

ujie said...

betol2 dah cun blog ni....

ab geldofg said...

sbar bro...slaam n slamat m'hjrah

Yunus Badawi said...

Salam. Terima kasih kerana sudi baring2 kat blog saya. Saya tengok ok aje blog saudara. Nice blog!

amy said...

a'ahh background lambat load je.
cun2 background uhu :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails