Monday, December 22, 2008

Belajar dari sejarah silam

Bertemu semula memang menyeronokkan. Apatah lagi ianya jarang dilakukan memandangkan masing-masing sibuk dan mempunyai komitmen sendiri.Kita akan terasa kembali muda kerana bersama teman lama, sudah pasti apa yang dibualkan adalah cerita lama dan kisah lama.Kita tidak ada kisah baru untuk dibualkan bersamanya, kecuali hanya bertanya khabar diri dan keluarga selebihnya memori yang tersimpan adalah kisah zaman sekolah.

Memang sesekali bertemu dengan wajah rakan-rakan lama yang tidak polos lagi memberi sesuatu manfaat pada saya.Bercerita tentang kisah lalu bermakna saya kembali menyiasat diri.Kita menyelusuri zaman-zaman silam dan mengkaji siapa diri kita masa dulu dan siapa kita hari ini.

Rakan yang satu ketika dulu saya kenali sebagai rakan yang sangat nakal dan suka mengusik, tiba-tiba muncul di hadapan saya sebagai seorang bakal jurutera, sebagai pendidik dan sebagai pegawai atasan.Inilah yang dicorakkan pada zaman silam.Rupanya kita tidak boleh menghakimi nasib seseorang berdasarkan keadaan atau sikapnya ketika itu.Kalau kita melihat dia ketika itu seperti seorang yang tidak ada masa depan, belum tentu dia jadi "sampah" apabila dewasa.Sebab masa mengajar seseorang menjadi matang.Masa juga memberi pelbagai pengalaman yang boleh merubah seseorang manusia.Inilah yang harus difikirkan dan sepanjang perjalanan balik, saya berfikir sendirian.

Bertemu semula dengan beberapa orang rakan lama, menyebabkan saya kembali berfikir bahawa kehidupan ini perlu dicorak.Ya, memang betul kehidupan itu perlu dicorak.Tanpa saya sedari tiba-tiba ayat itu terpacul keluar dari mulut saya secara spontan ketika saya memandu.Masa memberi peluang untuk kita mengubah diri.Masa memberi kita jaminan untuk mencari kehidupan yang lebih bermakna.Masa juga mengajar kita mencari pengalaman dan masa juga memperkenalkan kita pada kebenaran.

Begitulah perjalanan masa.Jadi sekiranya hari ini kita kecewa dengan keadaan diri sendiri, jangan menangisi kerana perjalanan pasti akan merubah segalanya.Kita perlu yakin bahawa kesusahan, kekecewaan atau kesengsaraan hidup hari ini, bukanlah sesuatu yang kekal.Ia akan pasti berarak pergi, mengikuti peredaran masa asalkan kita tahu menggunakan perjalanan waktu itu dengan baik.Sejarah silam tidak boleh diubah tetapi sejarah itu boleh dijadikan panduan dan pengalaman untuk menjadi kayu pengukur dalam mencorak kehidupan sekarang.....

Eh..eh..nape ada kereta2 ni?O...tempat ni la saya jumpa kawan2 saya pada hujung minggu baru-baru ni di Persada Johor sempena Autoshow 08 dan PC fair

notakakikukumalu :

Masa lampau adalah cikgu yang terbaik untuk mematangkan diri.

8 comments:

[yAN!e][pUTraJAya] said...

salam singgah ke blog aie...
sorry aie...yanie lambat singgah kat sini.
kebizian sket skang

ari tu ada singgah di blog yanie kan

(^_^)

Papa-Itam said...

memang memori semalam memang indah....pahit juga jika dikenang akan indah..kerna itu semualah membawa kita sehingga menjadi sekarang....

i-chimera said...

semalam adalah pengalaman... ada org yang punya byk pengalaman dan belajar dari utk bangkit dari pengalaman tersebut... ada orang punya sikit pengalaman, tapi belajar dari pengalaman orang lain... amat malanglah org yg punya byk pengalaman tapi tak pernah ambik iktibar dari segala pengalamannya...

kita adalah apa yg kita pilih pada hari ini... kalau kita pilih utk berjaya kita akan berjaya... kita pada masa2 silam bukanlah hal yg penting... sebab tak penting kat mana satu perkara tu bermula, yg penting kat mana ia akan berakhir... dan kawan2 aie yg aie ceritakan itu telah memilih utk berakhir dgn kesempurnaan... jadi usahalah utk beroleh kesempurnaan.. usaha, usaha... doa.. dan tawakal... InsyaAllah aie juga akan berjaya mcm kawan2 aie yg berjaya tersebut...

Monkey D Luffy said...

betul... jika kita berusaha pasti boleh. walaupun kita tak memiliki apa2 satu masa dahulu

Nazra said...

yg pastinya, smlm ttp smlm. arini takkan sama lg dgn smlm

addyaholix said...

indah kan bila bertemu kembali?
tapi selalu orang cakap, kita bertemu untuk berpisah.

tapi bila lepas berpisah, kita kembali bertemu, itu yang paling indah!

Mr. Janggel said...

Aduh pitam sekejap tengok kaler keter-keter itu..

:: Cikgu Wiween :: said...

sokong aie 7 juta %! tu psl org kata let the past stays in the past. x semestinya seseorang tu teruk pd masa lepas, dia xleh berjaya pd masa depan kan? ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails