Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, December 04, 2008

Sukar, Bukan Senang untuk Belajar

Sejak kebelakangan ini, memang menjadi tabiat saya untuk melengah-lengahkan kerja seharian. Lebih-lebih lagi yang memerlukan kemahiran yang tinggi dan sukar, keadaannya amat mendukacitakan. Pemikiran jadi bercelaru.Entah mengapa ada saja yang tak kena jika saya digesa melakukan sesuatu.Mungkinkah kerana kemalasan saya yang semakin menjadi-jadi.

Setiap kali bangun pagi, saya sukar membuka mata, saya juga liat untuk ke bilik mandi walhal perkara itu memang wajib dilakukan untuk menunaikan kewajipan menghadap yang Esa. Memikirkan saat untuk menjalankan kerja harian, umpama meminta saya untuk memikul batu besar di kepala.Padahal itu hanyalah sebahagian kerja part time semasa sedang bercuti semester.Apatah lagi memikirkan perkara untuk memajukan diri. Jika di waktu pagi, mengucapkan salam pada orang sekeliling pun terasa berat mulut tetapi masih mengukir sedikit senyuman di pagi hari.

Memulakan kerja juga terasa berat. Macamlah tak tahu apa nak dibuat. Kerja senang terasa susah, kerja susah lagi menyusahkan. Kadangkala sampai ditegur oleh majikan atau kedua orang tua agar mengubah sikap yang takut kepada cabaran. Bukan tidak mahu belajar tetapi tidak ada orang yang mengajar.

Bukan tak mahu belajar tetapi tak ada masa.Itu alasan!!Sebabnya jika difikir secara rasional siapa yang ada masa.Setiap orang dianugerahkan 24 jam sehari.Siapa pula ada lebih masa dari itu?

Hanya orang kaya dan senang saja ada banyak masa. Sebenarnya masa itu bergantung kepada perancangan. Jika menggunakan masa dengan berfaedah nescaya masa depan berubah menjadi cerah.

Namun proses pembelajaran agak sukar di zaman dewasa.Mungkinkah kerana umur yang semakin meningkat? Jika ya, tentulah orang yang sudah berumur tidak mampu mengendalikan kerja.walaupun ada had umur bersara, namun sudah terbukti orang berumur lebih dari 55 tahun masih dapat memberikan mutu kerja yang bagus. Bapa saya membuktikannya.

Mengapakah sukar hendak belajar?Setiap cabaran yang diharungi pasti ada kelebihan pada penghujungnya.Jika berpandangan positif, saya akan membuat perancangan untuk membawa cabaran menjadikannya sebagai peluang.Jika berpandangan negatif, maka saya akan mengetepikannya.

Jadi, mulai sekarang saya harus positif untuk jadikan pembelajaran itu satu proses yang senang….

Gambar menunjukkan peringkat pembelajaran penulis sejak kecil

notakakikukumalu :

Belajarlah dari kesilapan yang lalu untuk memperbaiki keadaan pada hari ini.

21 comments:

Tirana said...

Aie,

Buat sesuatu kena ada matlamat yang jelas baru diri jadi termotivaasi dan bersemangat. Apapun kerja yang Aie nak buat hari ni, pastikan matlamatnya jelas. Matlamat ini membangkitkan semangat dan motivasi dalam diri. Motivasi luaran sekadar pendorong.

zeti said...

btul tu.. klu x nk buat mcm2 alasan yg kuar.. dgn muhasabah diri kita, insya allah kita akn nmpk apa matlamat idup kita yg sbnrnye (mcm kata tirana).. so dr situ kita bole mcorakkan diri kita utk mcapai matlamat yg ditetapkan.. insya allah..

Ren said...

Jangan malas-malasan....usaha tangga kejayaan..huhuhuhuh *cam bagus je kan bagi nasihat..kuikuikui.

Keri AlHaj said...

orang kata nak seribu daya... tak nak seribu dalih...

tak tahu bukanlah perkara utama. belajar juga bukanlah hal utama, yg utama sekali -kita nak atau tak nak- bila kita nak, barulah kita tahu apa yang kita tak tahu dan barulah kita nak belajar...

anyway, aie pun muda lagi. samalah mcm adik2 saya kat umah tu.sama jugak mcm saya muda2 dulu (sekarang dah tua ke)
rasa utk lebih bertanggungjawab akan muncul juga seiring dgn pertambahan usia...

jagoan said...

motivasi dalaman itu perlu.


Desak diri anda. Wujudkan tekanan yang kuat.

Keinginan, hasrat, kehendak, sasaran, kemahuan, azam, target dan cita-cita. Satu dan jalinkan untuk gapai gagasan anda.

Kejayaan bukan terletak pada kepandaian orang itu. Tetapi belajar memvisualkan langkah-langkah kejayaannya.

Renung-renungkanlah... Ahaks

.

AiE bAhRi said...

Kak Tirana n Kak Zeti,
terima kasih atas kata2 nasihat kalian..

Bro janggel,
Yups, mulai sekarang saya tidak blh malas2an utk tingkatkan prestasi..kena tingkatkan usaha lagi..tq bro!

Abg chime,
Saya suka setiap kata2 yg abg chime kasi.Macam kak tirana juga.Seolah2 memberi kekuatan dan motivasi dalam diri.Tq bro!

AiE bAhRi said...

Bro Ah-tok,
InsyaAllah akan saya renung2kan..
anda juga salah satu cth dalam keluarga untuk saya memotivasikan diri ini..

Unknown said...

hahaha... aie.
kuatkan semangat,
gandakan usaha,
tabahkan hati.

worait....

Kreuger®

kunadzri said...

setiap detik dalam hidup kita adalah merupakan pembelajaran. positive ataupun negative, terpulang pada diri sendiri... kebetulan pulak uncle buat n3 tentang "Disember yang lesu"... mungkin aie dapat belajar sesuatu dari situ...

Anonymous said...

untuk berjaya kita perlu pandang kedepan namun tidak salah kalau sesekali kita menoleh ke belakang jika ianya membantu kita berhati-hati sewaktu mengecapi kejayaan yang ada....hihihi tp kalu terjatuh masa toleh belakang bangun sendirilah..hihihihi

AniS GalaXy said...

segala usaha pasti membuahkan hasil
gud luck aie.
apa pun yg kamo lakukan harus la dgn bersungguh2 k.
caiyok!
caiyok!

Ted said...

ted malas la nak belaja.belaja time final je.hehe

:: Wiween :: said...

kak ween plak skang nih da mati kutu tade keje mau buat. apetah lagik keje mau ditangguh. harus blajo menjahit gini! aggagaga :p busannnnnnnnnnnnye cotiiiii

hans said...

adoi...
aku paham perasaan malas ko tu..
aku pun selalu alami..
ingat tahap kemalasan aku paling teruk tapi rupanya ada orang lagi hebat dari aku(ko lah)
haha
ehh,ko study mana?
mana jumpa blog aku
apa2pun thanks tau lawat blog aku
rajin2 la ekk melawat

pink_butterfly said...

aie, takmo mls2 wokey! =p

Lily Rahmat said...

yarrrrr
lily setujuh!
heheh..
ayat skema seh..
kalo BM..
A+ cekgu bagih..
bro AIE vs. bro CHIME!
hahah

Rashid said...

aie, kena kuatkan semangat. lawan perasaan kemalasan tu. Jangan biarkan diri kita dikalahkan olehnya..

Tapi kalau sekali sekala hadir rasa malas tu normallah..

Ren said...

Selamat Hari Raya Aidil Adha... Salam Persahabatan daripada Janggel

:: Wiween :: said...

aie!! napa kak ween xleh view ur msjbox? huhuk tensen laa laptop semput nih :(

Fly said...

thanks lawat blog aku ye...nice blog u ve..cantik header tu

cIk pEnNa said...

malas..ermm kena lawan & kawal perasaan tuh!
tp tuh la..
kdg2 malas nih sll aje 'terbuat' oleh kite kan?
;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails