Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, November 30, 2008

Tag : Edisi Tulisan Tangan

Tag kali ni memang mudah.Jawab je soalan yang dikehendaki.cumanye kena scan atau amik gambar balik apa yang kita dah tulis. tag ni Bro Chime ngan Dir yang bagi..Jadi, saya jawab sekaligus la ye sebabnya sama bentuk soalannya..

Arahan macam ni :
sila tulis gune tulisan asli tangan anda..
tulis atas kertas
amek la gamba dan paste kan kat blog anda
taq kan utk 6 org yg len lak **saya bagi 4 orang je.. sebab yang lain mcm dah buat je??**

Your name/username:

Left handed or Right handed:

Favorite letter to write:

Least favorite letter to write:

Write "The Quick Brown Fox Jump Over The Lazy Dog":

Tag 6 people <<>>
Yahoo dah siap...kih3. Yang 4 orang ni wat jugak ye..

notakakikukumalu :

Teringat time exam kalau dah nak abis masa, tulisan mesti lagi "lawa" dari yang asal.kih3

Friday, November 28, 2008

Melupakan itu seksa..

Yang paling seksa ialah cuba melupakan seseorang sedangkan orang itu tidak boleh dilupakan.Lebih seksa jika ada kenagan-kenangan tertentu bersamanya, setiap kali cuba melupakan, semakin rindu pula jadinya.

Begitulah hakikat hidup.Berkenalan itu jauh lebih mudah dari cuba berpisah.Walaupun perkenalan itu memerlukan keberanian,kesabaran,iltizam,kesungguhan tetapi perpisahan memerlukan jauh lebih banyak daripada semuanya itu.Melupakan seseorang bukan mudah, ianya juga akan mengambil masa yang lama sepertimana dalam proses perkenalan.


Sungguh!saya juga begitu.Bukan mudah untuk melupakan seseorang lebih2 lagi jika insan tersebut pernah menyayangi saya.


Begitulah seksa dan deritanya detik-detik untuk berpisah.Sebab itulah usah mudah-mudah membina hubungan istimewa sebab perpisahan kalau terjadi pada saat begini sangat menyeksakan.


Bukan perpisahan yang saya mahu ceritakan tapi malam tadi saya mendapat mesej dari seseorang yang pernah saya kongsi segala kisah suka dan duka bersamanya..


Si dia : Aie, nape malam ni tetiba teringat kat awak..Cuti sem macam ni la saya dapat peluk bear yang besar ni sepuas2nya..saya rindu


Kepada Si Dia : Jangan simpan segala kenangan ini jika menyeksakan untuk melupakannya...

Saya hanya diam tanpa membalas.


Cuma apa yang saya tanamkan dalam diri saya adalah jika saya juga tak mampu untuk melupakannya, tidak usahlah melupakannya.Mengenang kebaikan seseorang atas nama ALLAH adalah jauh lebih baik berbanding membenci seseorang atas kejahatannya walaupun atas nama ALLAH


Hidup memang perlu toleransi sebab membenci itu menyakitkan jiwa,ia menyeksakan nafas dan membasmi bahagia. Sebaliknya menyayangi itu menggayakan jiwa, melegakan nafas dan menjamin bahagia.


Namun atas pelbagai sebab dan alasan, adakalanya kita seolah-olah ‘wajib’ melupakan seseorang, bukan disebabkan dia itu tidak baik tetapi semata-mata kita tidak mampu lagi untuk mengingatinya. Maka tatkala ini adalah lebih baik menghilangkan semua memori dan membina lapangan baru.


notakakikukumalu :


Tiada yag paling indah dalam hidup ini selain bersaudara denganmu,tiada yang lebih sakit selain berpisah denganmu,tiada yang lebih manis bila ada kenangan bersamamu,namun ada yang terbaik dalam memori hidupku kerana ada kebaikan dan pengorbananmu.

Wednesday, November 26, 2008

Pendekar

Ini pendekar zaman tok kadok...


Yang ini pendekar zaman millenium.kih3

Tak kira zaman tok kadok atau millenium, patik tetap nak jadi pendekar yang membela nasib keluarga, agama dan bangsa.he3

notakakikukumalu :

Kita sering dedahkan kepada kanak2 bahawa superman adalah pendekar zaman sekarang tapi kita tak sedar bahawa pendekar sebenarnya adalah Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya yang sanggup berjihad dan gugur di medan peperangan kerana Allah Taala.

Gift and "ole2"

Entri kali ni nak tampal gift ngan ole2 je.Dah lama nak tampal sebenarnya tapi masa je yang tak mengizinkan. Apa2 pun terima kasih banyak2 kepada Kak Azza, Cik Anis ngan Fq..Gumbira dan terharu rasanya bila ada yang mengingati saya.

Pertamanya, nak ucap bebanyak terima kasih kepada Kak Azza. Banyak sungguh yang dia bagi. Tapi saya paling suka yang ini..Yang lain saya tampal di tepi istana saya.Terima kasih atas ingatan..Kak azza ni memang pemurah dan baik hati sangat.Seorang cikgu yang sentiasa tersenyum dalam menghadapi kehidpan seharian.Dengarnya, kak Azza tidak sihat pada ketika ini. Saya doakan semoga kak Azza cepat sembuh kerana tak sabar untuk membaca setiap coretan aktivitinya.

Keduanya, saya nak ucap bebanyak terima kasih kepda Cik Anis..Cik Anis ni seorang yang periang orangnya.Saya suka memberi tag kepadanya.Kih3. Tapi yang sungguh terharu sekali apabila gift ni diberikan pada ketika cik Anis berada dalam keadaan tidak sihat.Lihat sahaja lentoknya..Cik Anis jangan lupa makan ubat ye..Semoga cepat sembuh ye Cik Anis.



Yang ni pula ole2 dari sahabat saya,Fq..uh...sempat jugak sahabat saya ni g jalan2.Tiga buah negeri dijelajahinya..katanya, dah rindu sangat dengan adik2nya.Tengok tu adik2nya..Gumbira sungguh..


Saya amat hargai kalian dan semuanya. Tanpa kalian hidup ini mungkin tidak seceria sebegini. Terima kasih semuanya.

notakakikukumalu :

Hidup umpama aiskrim.Nikmatilah ia sebelum ianya cair.

Monday, November 24, 2008

Awek dikacau orang

PAGI : Saya ke pejabat pos membawa ‘awek’ saya.Membayar bil broadband dan segala bagai bil yang dipesan oleh bapak saya. Barisan menunggu begitu panjang memandangkan mungkin semua orang akan menyempurnakan segala urusan pada hari Isnin. Tambahan lagi sedang bercuti sekolah. Saya ambil angin di luar sementara menunggu barisan berkurangan. Sedang asyik menghirup angin dan menikmati pemandangan pagi, seorang awek lalu depan ruang menunggu giliran di luar. Tiba2 mamat sebelah saya dok usyar awek sorang ni. Mana taknya, pakai baju macam sarung nangka, menampakkan setiap sudut dan bentuk tubuh badannya. Mata lelaki mana yang tak memandangnya.Makin diusik oleh mamat sorang ni, makin menjeling mata si awek yang kurang menawan bagi saya. Uh…kalau la awek tu adik saya, memang saya dah bagi dia ceramah habis2an. Mujur dia seorang awek yang tidak saya kenali.Saya hanya mampu tegur melalui hati sahaja.

TENGAHARI : Saya ke kedai jual air kelapa di sebelah kedai saya. Kelihatan seorang awek turun dari kereta yang agak mewah untuk membeli air kelapa. Memang seksi pakaiannya.Siap memakai kaca mata hitam lagi. Mungkin awek ni haus atau terliur tengok air kelapa tersebut. Sambil menunggu tukang jual air tu menyedok air, sempat lagi mamat2 yang naik motor lalu depan tempat jual air tu ngurat si awek ni. Si awek tersenyum. Itu tandanya awek memberi positive feedback.


Tengok tu.."awek" saya siap dimandikan. Right side mirror yang dikacau orang...

PETANG : Saya memandikan awek saya. Dah lama saya tak buat sebegitu sebabnya saya diserang sindrom kemalasan yang agak kritikal untuk memandikan awek saya. Sambil memandikan awek saya, saya teliti satu persatu tiap sudut awek saya. Cis…awek aku pon dikacau orang ke?side mirror belah kanan hampir diambil oleh orang yang tak berperikemanusiaan. Ini mesti berlaku sewaktu di kampus. Pelik!!sebab tiap hari saya akan menyarungkan awek saya dengan baju yang begitu labuh tanpa menampakkan sedikit pun susuk tubuhnya. Sebabya saya taknak awek saya diserang embun jantan yang akan menyebabkan susuk tubuhnya menjadi karat.
*awek =motor saya *mandikan=basuh


MALAM :Harapan saya semoga awek2 yang berada diluar sana tidak diapa2kan pada waktu malam sebegini. Bukan apa, salah satu prinsip Islam hadhari juga ada menyatakan bahawa setiap individu hendaklah menjaga hak kaum wanita dan minoriti. Tapi di mana pelaksanaanya?


Dan lagi, kepada awek2 di luar sana, hiasi diri anda dengan pakaian yang mengikut syariat Islam sebenarnya. Sarung nangka bukan budaya kita. Jangan salahkan kaum adam jika anda dikacau orang. Sebabnya, itu salah anda. Dan bukan sahaja kesalahan ini 100% terletak pada awek2 tapi kepada kaum adam juga, jagalah dan nasihatilah kaum hawa yang ada berdekatan dengan anda, dan jangan anda pula yang merosakkan kaun hawa sebabnya wanita memang dijadikan cantik di mata lelaki tapi jangan sampai kita yang merosakkan kecantikan mereka itu.


notakakikukumalu :


Jaga akhlak, hiasi peribadi

Wanita adalah hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita yang soleh..
Nafsu mengatakan wanita itu cantik atas dasar rupanya,akal mengatakan wanita itu cantik atas dasar ilmu dan pengetahuannya, dan hati mengatakan wanita itu cantik atas dasar akhlaknya.

Jangan dipaksa soal hati dan perasaan (part ii)

Cinta pandang pertama satukan Muhammad,Sumah

KOTA TINGGI 23 Nov. - Cinta tidak mengenal usia, Begitulah yang berlaku ke atas pasangan Sumah bte Ahmad, 53, dan Muhammad,67 apabila apabila cinta pandang pertama mereka membawa ke jinjang pelamin.
Muhammad dari Felda Air Tawar 1, dekat sini menganggap pertemuan pertama kali dengan Sumah unik. Apatah lagi dia merupakan calon lelaki pertama yang berjaya menambat hati Sumah selepas pasangannya itu tidak pernah menerima dan jatuh hati kepada lelaki lain.

Hanya Muhammad lelaki yang diterima sebagai pasangan hidup Sumah selepas wanita itu terbuka hati untuk berkahwin dalam usia sebegitu.
Bersaksikan tiga orang anaknya , Muhammad yang lengkap berpakaian baju Melayu berwarna putih tiba di rumah pengantin perempuan kira-kira pukul 12.30 tengah hari, kelihatan ceria sebelum diiring ke rumah pengantin perempuan dengan iringan kumpulan marhaban.Muhammad mengambil keputusan berkahwin semula selepas kematian isterinya beberapa tahun lalu.
Muhammad berkata, dia ditemukan dengan Sumah hasil usaha kenalannya yang juga merupakan akak angkat kepada Sumah dan akhirnya mengambil keputusan untuk memilih wanita yang mempunyai seorang anak angkat itu sebagai suri hidupnya.
''Saya gembira kerana anak- anak dan cucu merestui perkahwinan ini," katanya ketika ditemui di rumah pengantin perempuan diFelda Air Tawar 3 , dekat sini.Bagi Muhammad, walaupun usianya telah lanjut, pendengaran dan penglihatannya masih baik dan mampu membaca tanpa memakai cermin mata.
Sementara itu, Sumah mengakui bahawa dia memilih Muhammad kerana yakin lelaki itu seorang yang kuat pegangan agamanya dan mempunyai ciri-ciri suami soleh dan bertanggungjawab.
"Mungkin inilah jodoh saya yang terbaik dan saya harap perkahwinan ini berkekalan hingga akhir hayat walaupun saya mendirikan rumahtangga pada usia yang sangat lewat". Sambil tergelak, beliau mengatakan mungkin selepas mengalami patah tangan akibat jatuh menyebabkan hatinya terbuka untuk menerima kehadiran lelaki. Saya juga ingin bahagia seperti orang lain. Katanya sambil tersenyum.
Mengenai rancangan berbulan madu, Sumah berkata, dia berhasrat untuk mendalami ilmu agama dan ingin menunaikan ibadah umrah dengan suaminya itu.

Tengok tu...gembiranya pasangan pengantin baru sampai dah nak tertidur..inilah cik Temah@Sumah bt Ahmad dan suaminya..saya doakan mereka bahagia hingga ke akhir hayat..Tahniah!

*nama penuh Cik Temah yang saya ceritakan dulu adalah Sumah


notakakikukumalu :


Asam di darat, ikan di laut, dalam periuk bertemu jua..


Sunday, November 23, 2008

Tag : Edisi Semuanya Tentang Saya

Tag Dari kak Ween

1. List these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog.
3. Tell 6 unspectacular quirks on yours.
4. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
5. Link the person who tagged you.
6. Leave a comment for each blogger.

7 facts about myself :

  1. Aku seorang yang agak nampak sombong. Muka susah nak senyum tapi sebenarnya tak la sombong.CUMA muka jarang senyum
  2. Seorang yang berjimat cermat.Suka membuat penilaian dari segi harga.Biar harga murah tapi puas hati kalau dapat apa yang aku nak.
  3. Aku tak cerewet tapi kalau dalam soal buat kerja, memang cerewet..macammana tu?kerja mesti kemas.Selagi tak kemas, aku akan buat berulang kali
  4. Aku akan rasa tak selesa kalau pakai baju yang renyuk (berkedut2)…kih3..nampak begitu selekeh…
  5. Aku mempunyai suara yang besar.Sampaikan budak pompuan kelas aku suka ajuk suara aku yang besar. Sebab tu kalau ada presentation, aku tak memerlukan microphone..ha3
  6. Terlalu suka untuk mengumpul tali leher.Padahal bukannya pakai selalu..
  7. Sukakan kanak2 sampaikan kalau nak kuar ngan kawan2 pon, kadang2 aku sanggup bawak anak2 sedara aku..kih3

6 unspectacular quirks :

  1. Aku terlalu takutkan anak kucing yang baru lahir…sangat takut..boleh kena sawan kalau ada yang bagi anak kucing pada aku
  2. Aku pantang kalau tengah tidur ada orang geletek tapak kaki aku.Memang aku hangin satu badan…rasa nak sepak je!!
  3. Aku kalau marah, aku amik masa nak tegur semula orang yang aku marah tu.mak aku kata ni peel paling buruk aku.
  4. Walaupun badan aku kecik,tapi aku kuat makan..saampaikan kawan2 aku kata aku ni majlis perbandaran..(kurang asam je diorang ni..)
  5. Mudah tersentuh kalau ditegur bapa.Tapi kalau mak yang tegur, rela je tadah telinga ni.Siap mintak lagi nasihat bertubi2
  6. Aku tak suka kalau orang pinjam barang aku tapi pulangkan dalam keadaan bukan sepertimana yang dia pinjam..(memang tak suka kalau macam tu..)

TAG DARI KAK AS

Arahannya macam ni :

Anda di kehendaki menulis 10 perkara yg anda ketahui mengenai org yg mengetag anda itu..

So, inilah serba sedikit yang saya ketahui tentang kak As ni
  1. Seorang ibu kepada 4 orang puteri..
  2. Pandai memasak..nyum2..
  3. Mempunyai bulan kelahiran yang sama dengan saya.April..
  4. Seorang yang tabah dalam menempuhi segala ujian dan dugaan
  5. Ada niat untuk menambahkan berat badan..risau badan kurus katanya…
  6. Seorang yang suka berkawan tapi agak pemalu
  7. Sangat sayangkan kanak2
  8. Terlalu rindukan suasana di Malaysia.Lebih2 lagi kepada anak2 nya, keluarganya dan sahabat handai
  9. Walaupun masih muda tapi beliau sudah mendapat pangkat nenek.
  10. Seorang isteri yang mengikut suaminya menetap di New Zealand atas tuntutan kerjaya

ARAHAN 2:
Lps anda menjawab tentang org yg mengetag anda,anda di kehendaki menulis 10 perkara tentang diri anda..pulak!!


Saya? rasanya semuanya ada diterangkan dalam tag 1 yag kak ween bagi tu..ok, saya jawab jugak.

  1. Merupakan anak kepada pasangan Tn.Hj.Maskur dan Pn.Hjh. Hindun
  2. Mempunyai 6 orang adik beradik, 3 lelaki dan 3 perempuan..anak ke 5 dan merupakan lelaki bongsu
  3. Lahir di Johor Bahru, kampung di Johor Bahru dan menuntut di Johor bahru
  4. Berbintang Aries yang dilahirkan pada tanggal 16 bulan April tahun 1985
  5. Terlalu takutkan anak kucing yang baru lahir
  6. Suka bermain bersama kanak2
  7. Seorang yang sederhana dan berhati2 dalam membuat tindakan
  8. Nampak sombong tapi kalau dah berkawan suka gelak besar (jangan terkejut plak nanti)
  9. Seorang yang suka makan. Bab makanan memang tak cerewet.kih3
  10. Tak suka buat kerja last minute tapi kadang2 terpaksa..(kerja last minute msti tak perfect)

Dua2 tag ni saya nak pas pada...
Fadzli Khan
Pink Butterfly
MissyIzzati
Ihsan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails