Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 04, 2008

EXAM Zone



Di kala musim peperiksaan ini, saya tidak mahu melepaskan peluang mengucapkan selamat berjuang dan semoga berjaya buat rakan-rakan di seluruh pelusuk dunia yang sedang mendudukinya di pusat pengajian masing-masing. Di UTM, bahangnya mula dirasakan semenjak seminggu yang lepas lagi.

Memasuki tempoh peperiksaan membuat saya rasa seolah-olah sedang memasuki suatu dimensi atau alam yang sungguh asing daripada biasa. Tidak seperti hari-hari lain, semua orang seolah-olah menjadikan buku dan nota kawan paling akrab mereka. Akan dibawa kemana-mana, walau ke tandas sekalipun. Masa yang digunakan, kalau tidak untuk menelaah, maka setiap saat yang berlalu dianggap sia-sia belaka.

Peperiksaan merupakan suatu lumrah. untuk mengkelaskan pelajar-pelajar mengikut tahap kemampuan masing-masing. Ia dilihat sebagai sistem terbaik untuk mencari bakat, intelektual, dan kebolehan manusia yang terpendam. Namun, kelemahannya yang jelas ialah peperiksaan menilai manusia pada keputusan akhir. Keputusan yang dipengaruhi 1001 faktor. Tidak kira berapa keras sekalipun anda berusaha, keputusan peperiksaan anda pasti terganggu jika berlaku perkara-perkara berikut:

1.Tidak sihat pada hari peperiksaan.
2.Tertidur kerana terlalu mengantuk dan penat mengulang kaji.
3.Semua pen anda kehabisan dakwat.
4.Bunyi-bunyi bising di luar dewan peperiksaan yang tidak dapat dielakkan.
5.Tertinggal kalkulator dan pengawas peperiksaan anda pula tiada "kalkulator kecemasan".
6.dan sebagainya

Dan jelas, faktor-faktor tadi tidak boleh menjadi alasan untuk anda kemukakan pada pemeriksa bahawa anda dapat melakukan lebih baik sekiranya tidak terjadi perkara-perkara yang tidak diingini. Usaha anda tidak sedikitpun diambil kira. Tiada siapa yang menilai berapa lama seseorang itu membaca buku lalu memberikan markah tambahan bagi setiap jam yang diluangkan.

Oleh itu, bersiap sedialah dengan sebarang kemungkinan dan apa jua keadaan yang akan berlaku nanti kerana apa yang penting ialah kita semua telah bersedia untuk menghadapi hari peperiksaan seperti yang telah dijadualkan. Kesimpulannya, jangan menilai kepandaian sesorang itu melalui keputusan peperiksaan semata tetapi berikan peluang untuk mereka menunjukkan kebolehan mereka melalui kemahiran yang mereka aplikasikan dari ilmu yang diperolehi.

GOOD luck!!!

2 comments:

:: Wiween :: said...

aie! cmt menghadapi exam! wat leklok yek. Gud luck. InsyaAllah berjaya dgn cemerlang. Usaha gigih & doa byk2 k! ;)

AiE bAhRi said...

TQ cikgu wiween..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails