Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, November 16, 2008

Ketentuan, pokok + buah pinang

Mulakanlah hari anda dengan senyuman seindah sinaran suria pagi. Kata-kata sebegini selalu saya ingat sebagai pendorong untuk memulakan permulaan hari. Tiap-tiap hari apabila terjaga bangun daripada tidur, hendaklah kita mengucapkan syukur kerana Allah memberi kita nikmat untuk hidup lagi. Lantas, bangkit dan senyumlah untuk memulakan tanggungjawab sebagai khalifah Allah dengan melakukan suruhan-Nya. Senyuman itu menandakan bahawa kita bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini dengan penuh ikhlas dan takwa. Ketentuan Allah hendaklah diterima dengan seikhlasnya kerana itu la qada dan qadar yang telah ditentukan untuk kita.

Bercerita mengenai ketentuan serta qada’ dan qadar Allah, pagi2 lagi dengan senyuman seindah suria saya lemparkan pada sekalian alam, saya balik semula ke kampus kerana ingin memunggah barang kerana pada hari jumaat (semalam) , saya hanya boleh menghantar awek (motor saya lah…jgn pk lain sudoh..) saya dulu balik ke rumah kerana awek saya tak memberi fungsi untuk membawa barang2 saya balik ke rumah..(kesian kat awek saya kerana saya kata dia tak berfungsi.hehehe). Petangnya, saya nekad untuk pulang sebab saya dah janji dengan mak saya yang saya akan balik hari jumaat (sehari selepas abis final exam).

Dalam keasyikan menunggang awek saya, dengan cuaca yang redup dan agak mendung sedikit, saya tetap meneruskan perjalanan. Tidak semena2 hujan turun dengan lebat tanpa saya sempat berhenti untuk berteduh seketika. Mujur belum habis basah keseluruhan tubuh, saya sempat berteduh di bawah jejambat. Tapi Allah telah menentukan yang saya tetap akan basah jugak..Arghhhh…ada sebuah lori yang telah melanggar becak lalu percikan yang deras memercik ke kami semua yang sedang berteduh.Uh…basah lencun.. . Alang2 basah saya nekad untuk meneruskan perjalanan balik. Tawakal kena kuat sebab lagipun saya berstatus pemegang lesen agong..(hehehe..saya tak amik lesen motor lagik..malas..). Saya singgah n sampai di kedai bapak saya dulu dengan keadaan basah kuyup. Bersyukur kerana Allah menentukan saya berada dalam keadaan masih selamat walaupun cuaca dalam keadaan hujan yang lebat, jalan yang licin dan saya bukan penunggang yang sah.


Berbalik semula cerita pagi td, saya balik semula ke kampus dengan diiringi eskot kecil saya, Hakimi (anak sedara saya yang berumur 3 tahun merengek nak ikot) untuk memunggah barang. Dan kali ini ditakdirkan lagi saya untuk mengangkat sendiri segala bagai barang saya dari tingkat 3 tanpa dibantu oleh kawan2 (mereka masih tidur dan ada yang dah balik kg). Penat! memang memenatkan seperti mengangkat pokok pinang yang besar. Tapi kena jalankan juga tanggungjawab untuk selesaikan dan kosongkan bilik tu (saya malas nk sewa bilik utuk letak barang,mahal+tak terjamin. so bawak balik semua). Saya terima itu sebagai ketentuan dari-Nya.


Ni la barang2 yang kena angkut balik..huhuhu..ada lagi kat bawah katil tu

Selepas menghadapi situasi kesibukan mengangkat barang (hakimi tolong angkat kasut2 pakchu je eh), sempat juga saya memenuhi undangan majis perkahwinan dua orang sahabat saya. Inilah takdir dan ketentuan dari Allah yang menentukan pasangan ini akan berkongsi hidup. Tahniah saya ucapkan kepada mereka. Kacak+cun=sepadan. Mereka bagai pinang dibelah dua. Sama cantik dan sama padan.


Noor Ashikin binti Ehsan dan suaminya, Mohammed Fairuz

Nur Akmar Binti Muslim dan suaminya, Fuad Redha

Tahniah dan semoga sahabat2 saya dapat laksanakan tanggungjawab sebagai suami dan isteri yang baik berlandaskan ajaran Islam dan menerima segala cabaran dan ketentuan di alam rumah tangga dengan kesyukuran. Tiap cabaran pasti ada hikmahnya.


notakakikukumalu :

Dalam sebuah hadis Tirmizi dijelaskan: Tidak boleh diubah ketentuan dan takdir kecuali doa, dan tidak ada yang boleh menambah umur kecuali perbuatan baik. Sayyidina Omar al-Khattab ketika tawaf di Kaabah menangis sambil berdoa: Ya Allah, andainya Engkau takdirkan daku termasuk dalam lingkungan orang yang berbahagia, maka tetapkan daku di situ, tetapi andainya Engkau telah mentakdirkan daku termasuk dalam golongan orang yang celaka juga orang yang berdosa, maka hapuskanlah takdir itu dan masukkanlah daku dalam golongan orang yang berbahagia dan memperoleh keampunan.

6 comments:

Tirana said...

Lega ye dah habis exam? Tu barang2 tu kena angkut bawak balik rumah...nanti next semester kena angkut balik ke kampus ke? Adeeehhhhh...lotih sungguh..hehehe

AiE bAhRi said...

Selagi tak kuar result, tak lega jugak kak..Ye, nnti barang2 tu la kena angkut balik next semester..mmg lotih la..huhuhu.

~ochie~ (^_^)v said...

whuaa...dah hbis exam ker.. hishh x acii. oci lmbt g.. :(

kim salam kat awek aie tu.. hukhuk

turtlebeach said...

better angkut je balik.byk dah barang2 bernilai ak di angkut lari..tapi sekarang tidak lagi.sbb kehidupan kampus ak sudah tamat.hhe

AiE bAhRi said...

ochie,
ye,,dh abis exam..
ocie wat la yg terbaik utk exam k..
"awek" aie tu takleh jawab salam..
dia bisu la..hukhuk

bro tetel,
mmg brg2 sume angkut balik sbb dalam alami printer ilang..huwaaaaa

izzati fuad said...

dah balik dah? pergh..jeles di situ.

he..sanggup angkut balik.bagus2.. :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails