Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, November 24, 2008

Awek dikacau orang

PAGI : Saya ke pejabat pos membawa ‘awek’ saya.Membayar bil broadband dan segala bagai bil yang dipesan oleh bapak saya. Barisan menunggu begitu panjang memandangkan mungkin semua orang akan menyempurnakan segala urusan pada hari Isnin. Tambahan lagi sedang bercuti sekolah. Saya ambil angin di luar sementara menunggu barisan berkurangan. Sedang asyik menghirup angin dan menikmati pemandangan pagi, seorang awek lalu depan ruang menunggu giliran di luar. Tiba2 mamat sebelah saya dok usyar awek sorang ni. Mana taknya, pakai baju macam sarung nangka, menampakkan setiap sudut dan bentuk tubuh badannya. Mata lelaki mana yang tak memandangnya.Makin diusik oleh mamat sorang ni, makin menjeling mata si awek yang kurang menawan bagi saya. Uh…kalau la awek tu adik saya, memang saya dah bagi dia ceramah habis2an. Mujur dia seorang awek yang tidak saya kenali.Saya hanya mampu tegur melalui hati sahaja.

TENGAHARI : Saya ke kedai jual air kelapa di sebelah kedai saya. Kelihatan seorang awek turun dari kereta yang agak mewah untuk membeli air kelapa. Memang seksi pakaiannya.Siap memakai kaca mata hitam lagi. Mungkin awek ni haus atau terliur tengok air kelapa tersebut. Sambil menunggu tukang jual air tu menyedok air, sempat lagi mamat2 yang naik motor lalu depan tempat jual air tu ngurat si awek ni. Si awek tersenyum. Itu tandanya awek memberi positive feedback.


Tengok tu.."awek" saya siap dimandikan. Right side mirror yang dikacau orang...

PETANG : Saya memandikan awek saya. Dah lama saya tak buat sebegitu sebabnya saya diserang sindrom kemalasan yang agak kritikal untuk memandikan awek saya. Sambil memandikan awek saya, saya teliti satu persatu tiap sudut awek saya. Cis…awek aku pon dikacau orang ke?side mirror belah kanan hampir diambil oleh orang yang tak berperikemanusiaan. Ini mesti berlaku sewaktu di kampus. Pelik!!sebab tiap hari saya akan menyarungkan awek saya dengan baju yang begitu labuh tanpa menampakkan sedikit pun susuk tubuhnya. Sebabya saya taknak awek saya diserang embun jantan yang akan menyebabkan susuk tubuhnya menjadi karat.
*awek =motor saya *mandikan=basuh


MALAM :Harapan saya semoga awek2 yang berada diluar sana tidak diapa2kan pada waktu malam sebegini. Bukan apa, salah satu prinsip Islam hadhari juga ada menyatakan bahawa setiap individu hendaklah menjaga hak kaum wanita dan minoriti. Tapi di mana pelaksanaanya?


Dan lagi, kepada awek2 di luar sana, hiasi diri anda dengan pakaian yang mengikut syariat Islam sebenarnya. Sarung nangka bukan budaya kita. Jangan salahkan kaum adam jika anda dikacau orang. Sebabnya, itu salah anda. Dan bukan sahaja kesalahan ini 100% terletak pada awek2 tapi kepada kaum adam juga, jagalah dan nasihatilah kaum hawa yang ada berdekatan dengan anda, dan jangan anda pula yang merosakkan kaun hawa sebabnya wanita memang dijadikan cantik di mata lelaki tapi jangan sampai kita yang merosakkan kecantikan mereka itu.


notakakikukumalu :


Jaga akhlak, hiasi peribadi

Wanita adalah hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita yang soleh..
Nafsu mengatakan wanita itu cantik atas dasar rupanya,akal mengatakan wanita itu cantik atas dasar ilmu dan pengetahuannya, dan hati mengatakan wanita itu cantik atas dasar akhlaknya.

13 comments:

Tirana said...

Terhibur baca celoteh Aie.. Dalam gurauan pun ada terselit nasihat dan panduan yang kak tirana rasa memang patut diikuti oleh awek2 seksi supaya tidak menyeksakan diri sendiri dan orang lain..hehehe

Papa-Itam said...

cantiklah awek Aie...jaga baik2 yer...nice story....

Keri AlHaj said...

awek yg kaler itam tu cutelah... kim salam kat dia ek.. hehe

jagoan said...

Susah nak cari awek yang benar-benar soleha sekarang ni kan..?


:D

AniS GalaXy said...

aie...moga2 awek kesygan mu itu terselamat dri godaan sesiapa pon
heheh....

:: Wiween :: said...

laa awek 'nangka bungkus' ke pg tu aie? awat aie x bagi dia guni suh pakai. katakan 'sedekah'. gege ;p

ehem. tp awek aie mmg menikam kalbu! itam tu!! ai laik! :p

LiyanaHassan said...

la tu ke 'awek' dia..
hehee..
cantik2..

papepun nice entry..
slm perkenalan untuk kamu~

AiE bAhRi said...

Kak Tirana,
tq kak..moga2 awek2 seksi yang berada di luar sana tidak menyeksakan diri sendiri dan orang lain..

Bro papa-itam,
tq..awek aie yang tu tak cantik tapi cute.kah3

Bro i-chimere,
Aie tolong jawabkan waalaikumsalam.he3

Bro Ah-Tok,
Yups,mmg susah nak cari awek yang bnr2 solehah sekarang ni..carikan boleh??nGeee :p

Cik anis,
awekku telah digoda oleh jantan2 yang ganas sewaktu di kampus..adusss...

Kak Ween,
Aie dh bagi dia guni tapi dia tak paham pulak kak ween..gegege..
takleh nak menikam kalbu ngan awek aie tu,nnti org salah anggap ngan kak ween plak..kah3

Nur liyana,
ye..itulah awek daku...tq..
salam perkenalan utk kamu juga (",)

pink_butterfly said...

wah3, cun la awek aie.... hitam2 si tampuk manggis...=p oh ya, tag anda blum d'settle'kan lagi... tapi utang tetap utang kan... dun wori, b happy=)

Ren said...

wah wah wah kan mein lagi awek dia yer.

cIk pEnNa said...

oooooo..nih la awek nye ye..hehehe

izzati fuad said...

alasan perempuan :

"we have freedom to express ourselves"

bukan alasan saya. semua orang tahu yang salah adalah salah. kenapa ya kita buat juga?

Sitie BUm BUm said...

"awek" balak ct pon side mirror tinggal sebelah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails