Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, November 03, 2008

Kecurian

Keadaan kawasan bilik mangsa dan keadaan mangsa di awal pagi tanpa menyedari ada sesorang yang telah melarikan laptop beliau.

Barang-barang yang tak sempat diambil oleh pencuri.

Keadaan rakan-rakan di sebelah bilik mangsa sementara menunggu pegawai forensik dan pegawai siasatan dan jenayah menyiasat di bilik mangsa.

Lepas solat zuhur, saya turun ke aras satu meninjau keadaan kawan-kawan saya yang berkemungkinan besar sedang mengulangkaji pelajaran. Bukan saya sibuk untuk mengambil tahu hal mereka tapi memandangkan perut saya sudah berbunyi minta diisi, saya berhajat untuk mengajak kawan-kawan lain untuk makan bersama. Sampai sahaja di bilik salah sorang daripada mereka, saya diberitahu dengan sesuatu kejadian telah berlaku di kalangan kami. Memang mengejutkan kerana saya tidak terfikir pada musim peperiksaan akhir sebegini, ada lagi yang sanggup berbuat jahat kepada insan lain. Laptop kawan saya telah hilang dicuri pada pagi tadi. Laptop itu disedari tiada pada jam 7.30 pagi iaitu pada waktu mereka sedang diulit mimpi lagi. Biasa la..pada saat2 sebegini, student akan mengulangkaji pada tengah malam dan akan tidur selepas solat subuh. Kasihan sekali kepada sahabat saya itu kerana semua laporan projek sarjana muda dan segala nota dalam bentuk soft copy ada di laptop tersebut dan yang paling mengharukan, laptop tersebut adalah kepunyaan kakaknya.

Dan lagi…
Sementera menunggu mangsa dan kawan sebiliknya membuat laporan, saya dan kawan2 lain mula mengesyaki yang bukan2. Kalau-kalau syak dan jangkaan kami itu betul, maka akan ada harapan untuk mendapat kembali laptop tersebut. Dalam lebih kurang jam 3 petang, mangsa dan kawan sebiliknya balik bersama pegawai forensik, pegawai siasatan dan jenayah serta pegawai bahagian keselamatan pihak pentadbiran. Memang suspen sebab semua tempat dan ruang bilik mangsa diambil gambar dan kesan-kesan cap jari juga diambil tapi apa yang mengecewakan kami, tiada tindakan selanjutnya diambil malah mangsa sendiri dimarahi oleh pegawai forensik tersebut kerana bersikap cuai.

Apa yang menjadi tanda tanya ialah siapakah pencuri tersebut yang telah mengambil laptop mangsa? Berikut adalah senarai-senarai tertuduh yang disyaki..
1. Awek2 indon (cleaner). Ini kerana bilik yang mereka selalu lepak terletak bertentangan dengan bilik mangsa.
2. Budak cina. Ini kerana menurut mangsa, budak tersebut selalu “ushar” bilik mangsa apabila lalu di hadapan bilik mangsa.
3. Budak aras satu wing kiri.
4. Budak luar iaitu selain penghuni aras satu wing kiri..

Walaupun ini sahaja yang disyaki tetapi pihak polis tidak dapat berbuat apa-apa melainkan untuk tertuduh pertama yang disyaki hanya diarahkan supaya berpindah ke bilik lain. Dan sekali lagi yang menghairankan kami, setakat ini sahajakah tugas yang dijalankan oleh pegawai forensik dalam menyiasat kejadian kecurian sebegini walaupun jumlah kerugian hanya dianggarkan sebanyak rm2500 sahaja?

Kepada mangsa yang kehilangan laptop, saya berharap anda sentiasa bersabar dan kita doakan supaya pencuri itu mendapat hidayah daripada Allah supaya memulangkan laptop anda dengan segera dan diharap kepada rakan2 yang lain, berwaspada di akhir semester sebegini kerana bayak perkara sebegini akan berlaku.

*Tiba2 saya teringat kejadian helmet saya yang telah dicuri pada awal semester ini..Sabar je la kena beli helmet baru walaupun masa tu scholarship tak masuk lagi..huhuhu

2 comments:

:: Wiween :: said...

tgk gambo corridor tu tingat zmn sy matriks dulu. waaaaaaaa windunyaaaaaaaaa :(

err..comei plak adik tu tido peluk bantal peluk pink. kekekeke

jagoan said...

tugas forensik itu saja. Senang kan. Kalau ada kosong leh la apply...


:D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails