Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, November 28, 2008

Melupakan itu seksa..

Yang paling seksa ialah cuba melupakan seseorang sedangkan orang itu tidak boleh dilupakan.Lebih seksa jika ada kenagan-kenangan tertentu bersamanya, setiap kali cuba melupakan, semakin rindu pula jadinya.

Begitulah hakikat hidup.Berkenalan itu jauh lebih mudah dari cuba berpisah.Walaupun perkenalan itu memerlukan keberanian,kesabaran,iltizam,kesungguhan tetapi perpisahan memerlukan jauh lebih banyak daripada semuanya itu.Melupakan seseorang bukan mudah, ianya juga akan mengambil masa yang lama sepertimana dalam proses perkenalan.


Sungguh!saya juga begitu.Bukan mudah untuk melupakan seseorang lebih2 lagi jika insan tersebut pernah menyayangi saya.


Begitulah seksa dan deritanya detik-detik untuk berpisah.Sebab itulah usah mudah-mudah membina hubungan istimewa sebab perpisahan kalau terjadi pada saat begini sangat menyeksakan.


Bukan perpisahan yang saya mahu ceritakan tapi malam tadi saya mendapat mesej dari seseorang yang pernah saya kongsi segala kisah suka dan duka bersamanya..


Si dia : Aie, nape malam ni tetiba teringat kat awak..Cuti sem macam ni la saya dapat peluk bear yang besar ni sepuas2nya..saya rindu


Kepada Si Dia : Jangan simpan segala kenangan ini jika menyeksakan untuk melupakannya...

Saya hanya diam tanpa membalas.


Cuma apa yang saya tanamkan dalam diri saya adalah jika saya juga tak mampu untuk melupakannya, tidak usahlah melupakannya.Mengenang kebaikan seseorang atas nama ALLAH adalah jauh lebih baik berbanding membenci seseorang atas kejahatannya walaupun atas nama ALLAH


Hidup memang perlu toleransi sebab membenci itu menyakitkan jiwa,ia menyeksakan nafas dan membasmi bahagia. Sebaliknya menyayangi itu menggayakan jiwa, melegakan nafas dan menjamin bahagia.


Namun atas pelbagai sebab dan alasan, adakalanya kita seolah-olah ‘wajib’ melupakan seseorang, bukan disebabkan dia itu tidak baik tetapi semata-mata kita tidak mampu lagi untuk mengingatinya. Maka tatkala ini adalah lebih baik menghilangkan semua memori dan membina lapangan baru.


notakakikukumalu :


Tiada yag paling indah dalam hidup ini selain bersaudara denganmu,tiada yang lebih sakit selain berpisah denganmu,tiada yang lebih manis bila ada kenangan bersamamu,namun ada yang terbaik dalam memori hidupku kerana ada kebaikan dan pengorbananmu.

10 comments:

Anonymous said...

terharu dgn kata-kata ini.. huhu!

azza_irah said...

aie..
sebij macam akak nya bear tuh...byk ada dlm entry..nama dia merah...adehh...

Keri AlHaj said...

orang kata, kalau dah sedia utk menyayangi seseorang, kita juga kena sedia hadapi kehilangan dia.. **ish! mcm bagus je nasihat ni**

memang perit nak melupakan. tapi lambat laun kita akan lupa juga... masa akan tentukan. kan, manusia tu memang penuh dgn sifat lupa...

Qaseh Iman said...

melupakan seseorang yang amat disayangi memang satu saat yang sukar dilakukan. sampai sekarang, kenangan tidak dapat dilupakan...

AiE bAhRi said...

sis tera,
sob3..

sis azza,
aah..mmg sama ngn "si merah" akak..mereka kembar yang terpisah sejak kecil lagi kot.hu3

bro chime,
tq nasihat tu.mmg bagus nasihat.kena blajar lagi ayat2 best ngan abg chime ni.ngeNgee =)

sis aishah,
mmg btul, mmg sukar utk melupakan org yg amat disayangi..

HuSnA said...

luka hilang dgn masa, bersabar dan berserah.

Anonymous said...

sabar aie... ermmmm aku slalu ingatkan diri aku ni... ubat yang paling mujarab untuk ubati luka atau kesedihan hati adalah MASA. Hanya masa yang boleh ubati...mungkin 1-2 bulan..mungkin 1-2 tahun..mungkin lebih 10 tahun...walaupun kdg2 kenangan tu dh lama, tp tb2 dia dtg sendri...sabar k....

Anonymous said...

MASA adalah ubat plg mujarab bagi aku...

AiE bAhRi said...

Maza,
Tq so much..

SembilanPuluh said...

you write very well..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails