Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 18, 2008

4+1 Abu

Ini bukan cerita 3 Abdul tu. Abdul Wahab, Abdul Wahid dan Abdul Wahub yang diarahkan oleh Tan Sri P.Ramlee.

Tapi ni cerita pasal 4+1 Abu. Tidak mempunyai pengarah dalam cerita ini tapi ianya diolah oleh Tan Sri Aie Bahri.hehehe

Ianya juga berlaku dalam dunia pementasan lakonan. Tapi cerita ini diolah berdasarkan apa yang berlaku. Bukan lakonan semata2.

Di dalam dunia ini, manusia boleh diibaratkan seperti 4 Abu di mana keempat-empat Abu ini mempunyai watak-watak yang berbeza. 4 Abu tersebut ialah yang pertamanya ialah Saidina Abu Bakar As-Siddiq yang sentiasa membenarkan kata-kata Rasulullah S.A.W. Yang keduanya ialah Abu Sufian iaitu yang mempunyai sifat jahat tetapi kemudiannya menjadi seorang yang baik. Yang ketiganya ialah Abu Nawas iaitu seorang yang mempunyai bakat dan berkebolehan tetapi apabila diberi peluang, sentiasa ditepis dan ditolaknya. Yang keempat ialah Abu Jahal iaitu seorang yang sentiasa membangkang sesuatu hujah walaupun hujah tersebut adalah jelas kebenarannya. Jadi fikirkanlah...Abu yang manakah kita tergolong?

Ada lagi satu Abu yang saya belum jelaskan. Tapi Abu ni tiada kaitan dalam keempat2 sejarah Abu pada zaman dahulu. Abu tambahan yang saya maksudkan ialah Abu Turab Malik bin Tasaduq Abbas Malik..seorang sahabat saya yang menyambut hari kelahirannya pada hari ini.

Saya doakan semoga sahabat saya, Abu sentiasa memperolehi keberkatan dan sentiasa dimurahkan rezeki dari Allah Taala..InsyaAllah.

notakakikukumalu :

Saidina Abu Bakr atau nama sebenarnya Abdullah bin Quhaffah merupakan sahabat Nabi s.a.w yang paling rapat dan paling disayangi. Ini bersesuaian dengan sabda Nabi s.a.w " Perempuan yang paling ku cintai adalah Aisyah r.a manakala lelaki yang paling kucintai adalah bapanya". Keperibadianya yang begitu mulia, ditambah dengan kemurahan hati serta kebijaksanaanya menyebabkan beliau telah dicalunkan sebagai Khalifah pertama selepas kewafatan junjugan besar Rasulullah s.a.w

9 comments:

Tirana said...

Happy birthday to Abu Turab Malik..mudah-mudahan dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki..

Kak Tirana tentu tak termasuk dalam golongan empat abu yang terkenal dalam seerah rasullullah itu sebab kak tirana perempuan..hehehe

AniS GalaXy said...

happy besday abu turab malik
moga berjaya dlm apa jua bidang yg anda ceburi
moga Allah kurniakan rezeki yg melimpah

Sis Lin said...

hepi birthday to Abu..hope,d pnjang kn umur,d murahkan rezki..bhgia sepanjang masa...

Araz said...

Abu.... besday...congrats
Aie...all the best...

zeti said...

ermm.. let me think 1st ;)
pape pun happy b'day to abu.. semoga pnjg umo & mrh rezeki.. unik la nama abu ni.. mcm arabic ckit :)

~ochie~ (^_^)v said...

salam.. wawawa....
banyak gak owang nya bday ari ni.. heheh
apapun semoga kawan aie ceria sokmo mcm aie ni.. hehehhe..

Anonymous said...

mekasih byk2 kpd yg meng"wish" diri nih...
terharu r...
tq2 sume... ;)

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

salam'
happy birthday to abu

Anem Arnamee said...

Salam ziarah~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails